Alhamdulillah, nampaknya ramadhan kali ini berada dalam musim tengkujuh. Hmm, jadi selalunya hujan hampir setiap hari. Memang dah jadi kebiasaan dan kelaziman saya, apabila solat terawih mesti nak "mengembara" dari satu surau ke satu surau, satu masjid ke satu masjid. Hari pertama dekat Masjid As-Syakirin Taman U, Hari kedua di surau dekat rumah Prof roji. Semalam pula dekat surau dekat dengan Anjung Pulai Perdana. Tapi kebetulan sampai lambat, jadi ruangan solat tambahan pula basah dek air hujan petang semalam yg turun renyai. Jadi adalah dapat pengalaman pertama solat di atas tempat air bertakung. Setiap kali angkat kepala selepas sujud, rasa sejuk jer dekat kepala. Pastu hari ini tak larat nak pergi lab, sebab pening.
Hehe, tak sabar nak pergi surau-surau kolej. Pelajar-pelajar dah balik...hmm...
No comments:
Post a Comment