Sunday, September 7, 2008

Tak dapat Tido @@

Huhu, Alhamdulillah.... akhirnya dapat juga pergi berusrah dengan adik2 malam nie. Terlerai sudah satu kerinduan yang amat sangat ingin bersama adik2 berusrah untuk sesi semester kali ini. Dah, kalau buat hujung minggu memang selalu tak dapat datang. Tapi hari ini memang puas!

Kebetulan, malam tadi adalah sesi untuk MUDA (Menghadam Ucapan Dasar Presiden) yang sepatutnya wakil dari pusat turun untuk bersama-sama menghadam. Nak jadi cerita, wakil pusat tidak dapat hadir dan ana pun ditugaskan sebagai bidan terjun untuk menjadi "penghadam" ucapan dasar. Fuh, Alhamdulillah, dengan ingatan yang ingat-ingat lupa ni boleh la ana baca balik dan susun topik-topik yang ada di dalam buku ucapan dasar. Memang dulu pernah buat, dan pengalaman ini lah yang penting dalam membantu tugasan-tugasan mencabar dalam gerakan tercinta ini.

Walaupun ilmu tak pun sedalam mana, malah kekuatan untuk sentiasa beriltizam dengan isu-isu semasa pun dah semakin meninggalkan diri, tapi kerinduan yang sekian lama terpendam untuk berkongsi dengan adik-adik terlunas sudah. Boleh tahan, 1 jam juga tadi masa terguna. Cukup jarang ana dalam usrah untuk bercakap selama ini. Tapi, mujur ada bantuan dari pihak ABIM Johor untuk menerangkan mana-mana yang gelap. Harapan ana supaya adik-adik faham dan jelas dengan apa yang ingin disampaikan dalam buku ucapan dasar dan mengambil semangat untuk terus komited dan memperbaiki diri demi islam.

Hmm, tentang tadarrus Al-Quran secara fardy pula, Alhamdulliah, dah masuk surah Al-Mai'dah. Tapi dengan puasa yang berbaki 25 hari lagi, masih perlu sentiasa bersungguh dan beristiqamah untuk membaca setiap kali selepas solat. Kelmarin pun dah banyak lompong. Aduh.... Ya Allah, berilah kekuatan untuk hambaMu yang lemah hina ini menempuhi ramadhanMu Ya Allah.

Tentang solat tarawih, Alhamdulillah...Khamis tak dapat sebab kelas Mandarin II, Jumaat bersama berbuka puasa di SRI JB dan malam ni pula bersama adik-adik. InsyaAllah, ade rezeki boleh bertarawih di kolej-kolej minggu depan. ^^

Pagi ini pula ana bercadang nak melawat waklong yang terlantar di HSA, Johor. Semoga perancangan pagi sama dengan perancangan Allah, kalau hujan alamat tak dapat la nak pergi. Baju hujan pun kawan pinjam tak pulang lagi. Astagfirullah~~

No comments: