Friday, October 3, 2008

Satu Syawal 1429H

Allahu Akbar~~
Allahu Akbar~~
Allahu Akbar~~

Lailahaillallahu Allahu Akbar~~
Allahu Akbar walillahilhamd~~

Pagi Aidilfitri ini memberi makna yang sangat significant pada aku dan keluarga. Ini kerana pada 1 Syawal inilah arwah jaie (atuk) meninggalkan kami buat selama-lamanya. Masih teringat seminggu sebelum raya, ummi menelefon untuk mengajak balik ke kampung, katanya "jaie sudah tenat" dan aku seperti tahun-tahun yang sudah, bersikap acuh tak acuh dengan permintaan ummi. Bukan apa, rasa seakan 'terkena' tahun-tahun yang sudah, balik awal untuk disuruh bekerja membersihkan halaman, mengecat dinding, menganyam ketupat dsb sedangkan cucu-cucu yang lain sungguh 'enak' balik beraya hanya tiba pada 1 Syawal untuk menikmati juadah yang disediakan sahaja. (hmm, nampaknya hati masih perlukan 'latihan keikhlasan').

Tapi raya kali ini berlainan, kerana seminggu itu arwah jaie kerap batuk-batuk, meracau katanya beliau 'melihat' syaitan, tidak makan lagi dan sentiasa meminta untuk diurut, katanya beliau sakit. tak kira lah waktu sahur, pagi, petang, malam dan juga tengah malam. Kesian Cik Ton dan Pakwan yang terpaksa bersengkang mata menjaga kerenah beliau.

Namun pagi syawal kelihatan arwah tenang, beliau sempat memanggil beberapa orang seperti abuya (ayah) untuk meminta maaf segala kesalahan beliau sebelum kami berangkat untuk solat sunat Aidilfitri. Sebelum habis Khutbah raya, aku dikejutkan dari 'tertidur' di masjid dengan panggilan telefon yang bertalu-talu juga sms yang mengatakan bahawa jaie dah nazak. "Balik cepat" kata ummi dalam sms, lalu aku suakan sahaja handset kepada amat (sepupuku) untuk diserahkan kepada abuya yang duduk tak jauh darinya. Habis sahaja Khutbah, kami bergegas juga balik ke kampung. Namun, sampai sahaja di beranda rumah, jaie sudahpun menghembuskan nafas yang terakhir....

Alhamdulillah, urusan pengebumian beliau berjalan sangat lancar. Mungkin kerana pada pagi Syawal, sungguh ramai sedara-mara yang datang untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah jaie. Aku juga sempat menolong mengkhatamkan, memandikan jenazah beliau, solat dan mengambuskan tanah perkuburan beliau. Pengebumian selesai elok-elok sahaja sebelum azan zohor.

Ummi banyak menceritakan hal arwah sewaktu beliau nazak. Kata ummi, "Jaie masa tu sempat senyum, katanya izrael dah sampai, dan beliau juga menghulurkan tangan untuk 'berjabat salam', mungkin ramai roh-roh yang datang mengunjungi beliau sewaktu nazak.

Sedikit kekesalan kerana aku tidak sempat untuk memohon ampun segala salah dan silap aku. Mungkin aku 'berkasar' dengan beliau tentang isu 'solat', 'rokok'. Iye lah, orang muda ni cepat membuat telahan, yang kadang-kadang mungkin menyinggung beliau. Ya Allah, ampunkan lah dosa aku dan juga jaie.

No comments: