Hai, agaknya mendung termenung, gerhana angan-angan tetap tak berlalu selagi tak melepaskan 'mende-mende' ni dalam coretan peribadi yang tak seberapa baik.
Entah mengapa, dalam 2~3 hari ni aku terkadang termenung, teringatkan 'serangan minda' Jenul (bukan nama sebenar) itu hari. Die tu memang pantang nampak perempuan, mesti nak berkenalan. kebetulan aritu ade la peristiwa nak ambil kereta Dr yang dipinjam sempena muktamar. disebabkan dah takde dah orang yang boleh meneman, terpaksa juga minta budak ni tolong temankan. kebetulan handset tengah takde 'sen', mintak dia tolong berhenti dekat meranti untuk membeli topup, tapi 'senonong' sahaja dia terus ke kolej yang dituju, katanya 'aku kan ade handset'. 'Hmm, ni yang risau ni...' kataku dalam hati.
sampai sahaja di kolej, aku hanya berharap supaya aku masih dapat membuat 'miskol', selamat boleh, dan kebetulan memang adik sist pun dah tunggu dekat anak tangga kolej. baru sahaja aku ingin mengambil kunci dan bertanya tentang perjalanan semalam, dia pun tak semena-mena keluar dari kereta.'Hai, nampaknya terpaksa la...' ujarku dalam hati. Lalu dengan acuh tak acuh terpaksa la juga aku memperkenalkan dia kepada adik sist ni. Mujur perbualan berlaku tidak lama.
Pada waktu malam kami seperti biasa, keluar makan bersama apabila ada kesempatan. Dan waktu inilah kami saling gurau-bergurau, kena-mengenakan antara satu sama lain. Nampaknya malam itu Jenul 'menang besar', tak habis 'spekulasi minda' dia kerjakan raman, aku pun turut 'diserang'. 'Hai, ko pulak bila nak 'adjust'? Tadi aku tengok die tu okay ape...cantik, comel... (dll)...'.
Aduh, kalau bab-bab ni memang buat aku terdiam. Hmm..bukan apa, agaknya sudah dekat 40
orang yang bertanya soalan yang sama semenjak aku tamat belajar UTM. Dari kawan-kawan yang rapat sehingga ke makcik yang jual kuih tepi jalan pun tanya, 'bujang ke dah kahwin? kalau bujang makcik ade...' xD. Nasib baik ummi dan abuya tak tanya aku lagi...huhu...
Dan soalan-soalan ini memang menjadi polemik minda aku. Sekali ditanya, 2~3 hari termenung. Hai, entah la. Kalau nak pikir-pikir balik, ada la mase tingkatan 3 dahulu aku 'syok' dekat orang. tapi mungkin disebabkan kehidupan yang aku jalani, aku semakin melupakan perkara-perkara sedemikian.
Dating? Hmm, tak pernah ada pengalaman. Agaknya macammana la aku nak dating (isk, tak elok dating, ni sebagai perumpamaan jer, ikut batasan-batasan syarak), nak kata hensem, takde lah sangat, dah la tak merokok ( tak macho orang cakap), seluar jeans pun beli sehelai, pakai 4~5 kali pastu terus tak pakai-pakai ( orang cakap budak skema jer tak pakai seluar jeans), pergi wayang pun tak pernah (ada la 4~5 kali dulu berhajat untuk tengok wayang, akhirnya semua tak jadi) dan bermacam-macam lagilah.
Kalau masa zaman remaja dulu lagi laa... perjanjian bujang seumur hidup, pastu ada hati nak cari 'team bujang'. Lepas dengar kuliah Maghrib abuya tentang 'Allah melaknat orang-orang yang bercita-cita tak mahu kahwin', baru kelabu haru-biru takut dan cuba memperbetulkan niat hati. Haha, padan muka.
Apapun, biarlah pada malam hari yang mulia ini (29 Syawal), aku berniat untuk meletakkan urusan-urusan ini hanya kepada ketentuan Allah, dan aku sentiasa kembali bermuhasabah, mengkoreksi diri dan bermujahadah mengenai apa pelan perancangan kerjaya untuk aku terus menyabung nyawa berbakti dan pelan dakwah untuk aku terus menabur budi di kemudian hari. Semoga Allah memaafi, memberkati dan terus merahmati sahabat-sahabat seperjuangan yang akan ke Serawak, dan negeri-negeri yang lain semoga terus beristiqamah.
Dan semoga aku terus cekal dan tabah menghadapi hari-hari mendatang. harap-harap dapat la habiskan puasa 6 esok, puasa yang berbaki lagi sehari untuk hari terakhir syawal....
8 comments:
mamat, kagum.. aku pn sama gak.. xabis2 kene provok,"bila enta nk kawin?" "enta dh ada calon blom?" rambut sama hitam, hati lain2.. ;)
haha, ntah ape-ape. hang jer yang tanak, aritu kalau hang cakap okay, aku boleh jer trus adjustkan. haha.
=) laki nak pk skang, awal lagi tu... popuan la yang paling risau sebenarnya... apapun, sume pun dah ALLAH tuliskan... jangan lambat-lambat, tapi jangan terburu-buru... hiiii~
waha..!
macam tau je tengah citer pasal sape ni..
hahaha...syhh!! ni rahsia kita ok? hahaha.
kalo x silap, adik sist tu da x bole kacau..;)
yer...dah tau lame dah. >.<
kite sama2 la doakan die berbahagia dunia akhirat.
Tak pakai seluar jean takpe, jangan jadi jin.
Post a Comment