Thursday, December 4, 2008

Besday yang ke-23

Alhamdulillah...arini genap la umur aku 23 tahun kalendar masehi. semalam lepas usrah ada la menyimpan azam untuk qiam fardy, set jam dah cantek dah. namun, apakan daya, dengan izin Allah subuh2 pun terlepas. (aduh, permulaan yang perlu direnung kembali).

pagi ni pun mesej dari xpax dah dapat. Percuma 7 hari untuk 8pax nombor. hahaha, salah satu keseronokan hari besday untuk insan celcom seperti aku. insyaAllah boleh dimanfaatkan untuk liqa KPIJ yang akan berlangsung petang ni hingga jumaat, ataupun persiapan program CUDIPT yang akan datang (14-16hb Dis) dan urusan peribadi di rumah. InsyaAllah sabtu petang akan balik ke rumah menyambut Aidil Adha.

Ibah (Adik bongsu) dan Kaklong (kakak sulung) sempat jugak wish besday malam semalam. InsyaAllah sambutan yang akan aku buat untuk besday seperti tahun2 yang sudah. Beli satu kek dan makan sorang2 di umah malam ni bertemankan PC dan cerita movie yang menarik. Rasenyer kek kali ini mungkin lebih special sebab aku sudah bekerja, hahaha.

Tapi usrah semalam memang menarik sekiranya diambil sebagai modul menginsafi diri. Sepertimana syarah Ust Razak dimana kita ni didalam gerakan ABIM perlu bersedia untuk perkara-perkara seperti bertasamuh (toleransi) dengan badan-badan tidak islamik sebab kita risau-risau kita dikalangan orang-orang fundamentalist extremist dimana orang yang menolak semua unsur lain dan menjuzukkan dakwah dan mereka berkata inilah sahaja jalan yang benar, sekiranya kita tidak bersedia. Memang sejak 2 minggu lepas aku sangat terkial2, program ESQ penggerak ABIM Johor disambung dengan Karnival Jom Heboh, research lagi. Dan satu kelemahan ketara yang aku dapati dalam diri aku (masih perlukan kekuatan untuk membetulkan...perasan dah lama dah), apabila tekanan kerja last minit untuk jemaah (karnival jom heboh), aku akan selalu merungut. Hmm, takut2 apa yang telah diusahakan sejak hari rabu hingga sabtu lepas tidak diterima oleh Allah. (Allah...)

Apapun, biarlah hari ini 4 Disember 2008, Mohammad `Afif kembali menginsafi diri dalam usaha mengejar cita-cita dan memberikan komitmen terbaik dalam segenap aspek kehidupan. Seiring dengan umur yang meningkat, biar akal, budi, taqwa dan iman yang terbekal dalam diri turut bertambah. Amin.

No comments: