Monday, February 16, 2009

Korea menantiku dengan penuh cabaran!!

Mungkin sekiranya aku perasan, aku memang dah lama benar tak update blogger nih. aduh, tapi tak banyak perkara yang berlaku atas diri insan yang sentiasa jatuh bangun dalam usaha menjernihkan hati taqarrub pada Allah berseorangan, disamping pada masa yang sama cuba untuk memenuhi tanggungjawab dan beban amanah untuk menjadi insan berjiwa besar. cabaran dan dugaan silih berganti, terkadang rindu untuk bersama di zaman sahabat-sahabat perjuangan PKPIM dahulu, tanpa letih dan penat terus berusaha mengingati untuk memperbaiki diri, senyum tatkala suka dan berduka dan bersama menggenggam azam gerakan islam tercinta. Namun hakikat yang terpaksa ditelan bilamana usia dan zaman silih berganti, hati-hati insan kerdil yang sering berbolak-balik sentiasa bersama arus cabaran dan dugaan yang tak pernah kunjung padam.

Memang baru-baru ini aku pernah menginginkan untuk dihargai, dihormati dan disayangi oleh insan dari kalangan kaum hawa, lebih-lebih lagi apabila merisaukan cabaran yang akan mendatang pada 24hb februari 2009 dimana aku akan bertolak ke seoul, Korea untuk melanjutkan pengajian peringkat sarjana dalam bidang kejuruteraan elektronik di Dongguk University. Risau takut-takut akan hilangnya jiwa gerakan yang membara dalam diri, risau takut-takut akan hanyut dek arus deras kemodenan masyarakat Korea yang mengenal alam lebih daripada mengenal tuhan. Peristiwa di Mustika Embun masih terbayang-bayang di ingatan tatkala aku bersemuka dan berbual dengan orang yang aku cukup senang dan seronok, walaupun aku adalah lelaki yang paling sukar untuk menerima kenyataan emosi.

Biarlah aku sentiasa cekal untuk mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan sahabat-sahabat seperjuangan, walaupun pernah diperli untuk mendoakan kebahagiaan diri. Dan biarlah aku sentiasa menyakini takdir jodoh itu ditangan tuhan, dan sentiasa memperbaiki diri supaya menjadi insan yang diredhai disisiNya, dan dipertemukan jodoh dengan orang-orang yang baik dan sentiasa mengingati Allah lebih dari mengingati dirinya dan suaminya.

Dan moga-moga aku akan terus bertahan dengan perasaan hasad dengki rakan-rakan yang seakan tidak dapat menerima keputusan aku ke korea, walhal pada pandangan peribadi mereka aku adalah makhluk kecil sampah, 'lowlife scumbag' yang tidak sepatutnya pergi mendahului mereka dalam pencapaian akademik. Dan moga-moga aku akan dapat terus mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan rakan-rakan ini sebagaimana aku mendoakan sahabat-sahabat seperjuanganku yang lain.

Hidup penuh liku dugaan, tiada yang berhak untuk menentukan destinasi akhir hidupku ini selain dariMu ya Allah.

6 comments:

Mohd Zikri Bin Samngani said...

alamak afif, kenape jauh sangat ambik MA tuh. ape pun selamat berjuanag....

شكري بن سليمان بن يوسف بن اسماعيل said...

salam....nta sihat? kalo free blh la kt selalu ym brsama2...semoga berjaya n selamat bertolak...dah ada calon ker? ana tgk cam dah ader...semoga berbahagia...jgn lupa jemput kalo masak nasi minyak

شكري بن سليمان بن يوسف بن اسماعيل said...

kenapa tak belaja kat timur tengah...snang sket naak g tolong org palestin syeikh...korea tu dekat sangat

mafifkasno said...

haha, tu nama di rezeki. Alhamdulillah n insyaAllah.

fairuz mursyid said...

Salam penuh iltizam...
TAHNIAH DAN SYABAS!!!

KOREA..negeri setenang pagi hari sedang menanti seorang budiman yang cendekiawan..pulang nanti membawa akal budi yang beriman..agar kelak menjadi ilmuwan bertaqwa..

I am very proud of you..I am believe that a lot of stories that can you tell us in your journey..be a smart and good muslim wherever we are..

senyumSOKMO daripada
abeMursyid

شكري بن سليمان بن يوسف بن اسماعيل said...

salam..amcam suasana kat Korea?