Erm...apa la nak jadi ngan aku. sejak dari hari tu sampai la ni asyik teringat kat minah sorg ni jer. dah 2 bulan lebe tido asyiq dok ingat kat die. arini tgh study han geul mal (bahasa Korea) pun teringat kat die. Hmm, mungkin aku byk dosa, tu pasal tak fokus masa studi. Pernah gak aku cuba mengingat muka-muka awek vietnam, awek cina ngan awek korea kat Seoul ni yang cantik-cantik, tapi dok muka minah ni jer plak yg asyik kuar masa tido. Mungkin inilah ujian Allah kepadaku, dulu macam poyo jer ngan sumpah bujang konon. Ha, kan dah merasa. amek ko.
Hmm, tak kesah la, yang penting aku perlu beristiqamah dalam berdoa dan bermunajat kepada Allah, Pemilik Seluruh Alam. Biarla Dia sahaja yang menentukan sekiranya aku layak menjadi hambaNya yang beriman atau tidak. Sambutan Maulidur Rasul kali ini cukup individualistik, yang mana aku dok sorang jer membaca Al-Quran dan Surah Yasin di bilik. Apapun, semangat untuk mencintai Rasulullah tetap terpahat di dalam hati. Mungkin itu pun sudah memadai memandangkan aku masih berada di tempat yang cukup asing.
Teringat pada Wan, kawan forecast yang dok sambung master kat UTM walaupun boleh buat phD terus, di mana die mengingatkan aku utk mendoakan die 'azam 3 bulan' lagi utk tahun ini. katanya, doa orang musafir ni mustajab. Erm, ape la sgt aku hamba yang hina ni nak di bandingkan dengan beliau yang dah cukup tawadduk dan keluar tabligh. tapi beliau tetap merendah diri dan perkara inilah yang sangat menarik di dalam persahabatan.
Hmm, sedikit ujian pengesanan diri, aku dah membiasakan diri untuk memakai seluar Jean (yeah, tapi mmg kene pakai pun sebab kat Seoul ni sejuk...haha), dan aku juga telah habis membaca buku Membina Generasi Salahuddin (buku yang dipopularkan oleh ABIM pusat) dan isi buku tersebut sangat menarik kerana mengulas mengenai kemenangan generasi Salahudin dan kejatuhan Islam secara menyeluruh. Kemudian aku juga telah sedikit sebanyak mempelajari dan mempraktikkan bahasa Korea (yeah...) seperti an neong ha se yo? (Halo), Man na so Pan gap ssum mi da (glad to know you) etc. InsyaAllah azam untuk menguasai 4 bahasa asing baru (Mandarin, Korea, Jepun dan arab) sebelum usia 30 tahun masih membara.
Selain itu, sedikit sebanyak Kamil halim (budak PPIK) boleh membantu dalam dokumentasi 'Islam di Korea' yang aku jangkakan akan bermula sebaik selepas aku memiliki kad RC (residental Card) dan memliki telefon Korea sendiri. Semoga aku dipermudahkan dalam segala urusan dan aku sentiasa beristiqamah untuk mendoakan keberkatan gerak kerja dakwah ABIM Johor dan rakan-rakan seperjuangan yang lain insyaAllah..
1 comment:
Salam...anta ada jumpa org PPIk kat sana? 2-3 mggu yg lepas ana ada jumpa Abg Amru (bekas SU abim kelantan yg kerja kat bhgn automotif JPJ Pasir Gudang)...dia ada citer pasal 1 org ahli PPIK yg duk kat Korea jg...alhamdulillah anta dah jumpa...
Post a Comment