Thursday, March 26, 2009

citer ttg orang korea yg best

yeah, dah lama dah tak menulis tak laman bersawang nie. huhu. bukan ape, kadang-kadang tu malas sangat nak bukak weblog sendiri, sebab tak dihiasi dengan aneka 'ropol2' yang menarik seperti weblog orang lain (ha, salah siapa di situ? huhu)

apa2pun alhamdulillah, rasanye dah lebih sebulan dok kat seoul, korea ni menikmati cuaca yang sejuk kering disini. walaupun musim bunga telahpun tiba namun disebabkan pencermaran yang ada di negara industri ini, suhu musim bunga seakan tidak berganjak dari musim sejuk. semalam baru sahaja merasai salji halus di Hannam dong, tempat embassy malaysia dengan tidak memakai glove penebat haba. disana aku seakan teringat akan kelebihan orang korea apabila bekerja berbanding dengan orang melayu. Sebabnya, orang korea selalunya akan menghidangkan air minuman kepada tetamu, tak kira lah diorang tu pelajar ke, makcik ke, orang tua ke... tu dah menjadi adat dan etika kerja diorang. aritu kat embassy, dah la kami berempat penat (sket2 laa naik teksi kan...) berjalan ke embassy, kemudian dilayan macam endah tak endah, dan air pun tak ade, walaupun kita bangsa yang kononnya berbangga dengan adab kesopanan timur. (aku masih cuba nak kekalkan etika yang baik ini, dulu orang datang lab kat P10 tu ade jer air...huhu...orang melayu kerajaan apabila bekerja memang menyedihkan. tu belum citer tentang pak guard ngan receptionist orang korea, kalau datang embassy korea di malaysia pak guard diorg tu orang korea nyer, tanak kasi orang lain jadi).

Selain itu, selalunya mereka2 yang bergelar 선생님 (seon seng nim) atau cikgu atau tenaga pengajar pastinya peramah dan sangat baik, berbanding sekiranya kita melihat cikgu2 yang ada di pasaran malaysia, rata2nya menjadi cikgu sebab apa? sebab nak kerja senang dan dapat gaji tetap...tiada semangat mengajar anak bangsa lagi. (takde tuding jari kat sape2 ek, jangan emo). sehingga pak guard2 diorang pun memang dihormati oleh aku, sebab mereka sangat dedikasi dengan tugas dan tanggungjawab mereka. ada sekali tu aku masuk lab tak punch-in secom card, trus pak guard sorang carik aku n ajar aku guna secom card. huhu. pastu kalau hujan or panas tetap akan terpacak kat jalan yang sibuk untuk memberi direction kepada pengguna jalan.

mereka sangat bangga dengan bangsa mereka, dan tetap mengingatkan anak bangsa mereka supaya mencontohi teladan yang baik yang ada pada bangsa lain (sebab aku dok teringat semalam lecture korea yang kyo sun nim bagi kepada budak2 kelas aku..huhu). namun ada la jugak keburukan2 yang tidak dapat disangkal, mana2 pun sama. aku cuma tanak menulis dikala ini sebab level respect aku terhadap orang korea masih tinggi...

sedikit ujian pengesanan diri seperti biasa, aku dah masuk surah al-nisa (baca start balik dari surah al-baqarah sempena datang ke korea) walaupun sedikit tapi aku cuba untuk beristiqamah dengan tadarus simple ini. dan aku juga telah mula berusrah dengan budak-budak PPMK (1st time di Hanyang Univ bersama 5 orang yang diperkenalkan oleh kamil). dan aku juga sibuk mempelajari han guk o ngan membuat research project pada waktu yg sama. kene submit abstract paper 11hb april ni dan ina nak datang korea 15hb jun. bentang paper 25hb jun di filipina. esok meeting TPG projek. pergh, tiada lagi waktu bermain untuk mohammad `afif. huhu. (sedar la sket bang oi, engko tu dah tua dah, 24 tahun....orang lain siap dah buat anak lagi...huhu)

tapi tak mengapa, cuma aku terus berharap supaya Allah tetap memberikan aku kekuatan utk terus beristiqamah dan berusaha menjadi anak yang soleh+orang berjiwa besar+daie+budak bijak+budak rajin+budak yg ceria. semoga aku terus mendoakan kesejahteraan sahabat2 dan mereka juga terus mendoakan kesejahteraanku. Amin.

No comments: