Sunday, April 5, 2009

Cerita ttg orang korea yg best part 2

Yes lah, aku dah belajar potong rambut sendiri. haha. 1st time pinjam shaver abong (hilmi) dan potong side-burn. Kire ok lah dari gi kedai salun kene 6,000 won. pastu nak mintak die potong stail yg kita nak pun payah. hehe.

Ok lah, sambung lagi cerita ttg orang korea yang best. Kat korea ni, orang korea yang muda akan menghormati yang tua. kalau mereka berselisih tgh jalan, orang2 muda yg mengenali si senior akan tunduk hormat sket kat orang senior tu. kemudian, tandas yang ada disini pun takde pilih kasih. Staf termasuk professor sehingga lah student undergraduate baru masuk pun menggunakan tandas yang sama. tandas diorg ni satu jer tak best, takde air kat jamban, pastu ade pulak tong sampah yang takde penutup. biler dah petang or malam korg leh bayang sendiri la betapa k***rnya. huhu.

dari segi bahasa diorg pulak, diorg ade 'upper form' yg digunakan dalam majlis rasmi ataupun junior ingin berborak dengan senior. kemudian, dah menjadi adat orang yg di level atas akan belanja makan orang yg di level bawah sekiranya mereka keluar makan skali. dan mereka juga adalah bangsa yg mementingkan kebersihan gigi dan mulut, dimana memberus gigi dah menjadi amalan mereka ketika lapang dan ada juga yg memberus gigi sambil berjalan2! yg ni mmg sah susah nak jumpa kat malaysia. huhu.

selain itu, disebabkan denda bagi membuang sampah campur sangat tinggi iaitu 1 juta won, masyarakat korea terdidik utk mengasingkan sampah sebelum meletakkan di tong sampah yang betul. dan kalau kita makan di restoran (kecuali restoran tertentu), kafeteria dan juga fast-food, kita akan diberi talam dan selepas makan kita sendiri yg akan membuang sampah dan meletakkan bekas makanan kita di tempat yang disediakan. budaya bersih sangat ditekankan kepada masyarakat mereka dan ini sepatutnya menjadi contoh yang baik utk masyarakat di malaysia.

akhir kata, berdoalah! semoga kita diberi kesempatan untuk merasai zaman dimana orang islam kembali kepada ajaran islam yang lengkap dan kita tergolong di kalangan orang2 yg soleh. hmm, minggu lepas dah naik dobongsan mountain. selasa ni plak nak pergi 'cherry blossom festival' tgk keindahan bunga2 sakura dan bunga2 yg lain tgh mula nak mengembang. hehe....

1 comment:

شكري بن سليمان بن يوسف بن اسماعيل said...

boleh percaya ke cerita afif ni??? huhu...tunjukkan lar gambar skali