Salaam maaf kepada rakan-rakan yang mengikuti perkembangan blogger mafifkasno nie (kalau ade laa....saya tak glamour...huhu) sebab dah lama bebenor tak update kot. Dulu ade gak simpan azam nak update setiap hujung minggu, cuma kadang2 tu emosi tgh tak stabil, setan pun byk kat keliling, jadi takut2 kalau tulis nanti dah jadi tak best plak.. huhu..
Ok la, berbalik kepada cerita korea edisi ke-3 (ni rasanyer tambahan sket lagi jer la kot....dah malas dah cerita korea. nak cerita benda lain sket pasni). kat sini kalau nak merasai keindahan bunga sakura, korang cuma ada masa selama 2 minggu jer di pertengahan musim bunga. Sebab, masa tengah2 musim bunga nie suhu akan menjadi panas dari 2~8 Celcius kepada 15~25 Celcius. dan pada masa ini lah pokok2 yang tinggal ranting jer akan tumbuh dan kembali segar. cuma yang menarik masa diorg nak memulakan kehidupan selepas berhibernasi nie, diorg akan keluarkan bunga2 yg cukup byk!! Terutamanya pokok sakura dan pokok2 yang seumpama dengannya. Selepas 2 minggu, pokok2 ini akan mula menghijau (keluarkan daun) dan bunga2 sakura ini pula akan gugur ke bumi bagaikan salji bunga (mmg cantik, aritu sempat la pergi berjogging dengan You ssi ke Nam Sam Tower, sambil melihat dan merasai keindahan bunga2 sakura yang sedang gugur. Indahnya alam ciptaan tuhan) dan keluar la pulak bunga2 yang lain yang cantik2. Pastu, kita terpaksa la tunggu tahun depan plak utk tgk bunga sakura lagi.nanti kalau sape2 nak tgk gambar boleh la lawati profile mafifkasno@gmail.com di facebook atau mamate_blastula@yahoo.com di friendster. cuma gambar2 tu mmg tak best sgt la sebab saya ni tak berapa suka tangkap gambar.
Ha, dan beberapa eksperimen telah dilakukan untuk membuktikan bahawa negara korea ni cuacanya 4 musim dan udaranya kering. contohnya, waktu musim sejuk dan musim bunga nie, serangga takda. serangga akan keluar masa musim bunga ke musim panas karang. jadi, korang boleh la makan bersepah2 pastu terlupa nak kemas, nanti tgk kat tempat makanan tu takda semut pun yg datang. haha...lagi satu yang menarik ialah udara kering ni pun best jugak kadang2, sebab kalau korang makan roti tak abes, pastu korang biar jer roti tu kat bilik atau meja study dengan plastik yang terbuka...biar sampai sebulan 2 pun tak tumbuh kulat... hahaha.... pastu roti tu akan jadi roti kering dan zat2 protein die pun abes dan die akan hancur. fuh. tapi ni cuma leh buat masa musim sejuk ke musim bunga jer. musim panas nanti kita try skali tgk jadi camna pulak. Ha, lagi satu, stokin ataupun baju korg yang dah kotor juga tidak akan berbau sgt. sebab udara busuk dari pakaian korang tu cuma akan berlegar di sekitar pakaian korang jer. jadi, kalau dah dok jarak dalam 5 meter tu dah tak bau sgt. cuma dengan syarat stokin tu tak lembab laa... hahahaha (ni kalau tak paham tanye ek)
Ok la, sedikit ujian pengesanan diri. Aku sudah mula beristiqamah utk menghadiri usrah budak2 ppmk kat sini. setiap 2 minggu sekali jumaat malam sabtu dan dibuat secara bergilir2 di univ yang ada budak2 malaysia di Seoul, Korea ni. Khamis lepas baru abes test korea 1, insyaAllah boleh buat dan harap2 Isnin ni dapat result yg best. Pastu jumaat ade TPG (Thermoelectric Power Generator) dan presentation diorg mmg mantap. Pastu projek research kat Korea ni mmg best kalau nak banding ngan Malaysia sebab diorang akan gabung 3~4 department engineering utk satu projek besar. Utk TPG ni kitorg gabung department communication, chemical, electronic ngan electric dan jumlah researcher dalam 20 orang kesemuanya. InsyaAllah duit elaun research ni aku akan dapat minggu depan. pastu sabtu semalam gi Lotte World, enjoy kat amusement park yang terkenal di Korea ni. naik roller coester, pyro swing, dan berbagai2 lagi yang menarik. universiti kat korea ni ade jadual aktiviti bersama yang menarik, antaranya masa musim sakura dulu satu univ akan pergi ke sorak san mountain hari jumaat aritu (cuma aku tak pergi sebab lab mate aku tak ajak...huhu) dan Lotte World ni pun aktiviti university kepada foreigner student dimana tiket2 percuma diberikan kepada kitorg utk satu hari. cuma satu jer yang tak best sangat sebab kita akan ditemani tour guide (dah jadi macam budak sekolah pergi petrosains sket, tapi mmg kene pun sebab kitorg takleh cakap korea dengan mantap lagi) dan memang susah+payah utk carik tempat yang sesuai utk solat di taman tema besar yg ramai giler orang camni.
Hmm, sedikit ujian pengesanan diri yang lain, cerita tentang muslimah misteri pada sesi lepas yang sampai takleh tido tu dah habis. ejen perisikan pun dah lama dah bitau yang die tak mau diganggu dan die skrg dah ada yang berpunye. jadi, aku pun dah start mimpi orang2 yang lain plak, vietnamese, filipino sket, chinese ngan korean....huhu.... dan aku perasan ada 2 orang aweks korea yang setiap kali selisih dengan diorg, diorg akan senyum habis dan cakap hello dalam bahasa korea sambil tunduk hormat sampai nak dekat rukuk nyer level! mungkin diorg minat kat aku kot, sebab translator sorang tu asyik nak memperkenalkan sorg aweks ni ngan aku jer walaupun dengan nada bergurau. Ya....hidup ini perlu diteruskan, dan mungkin jodoh aku bukan dikalangan orang2 melayu islam, mungkin juga di kalangan orang2 perempuan korea yang masih tidak mengenal hakikat tuhan. tapi, aku pasrah dengan ketentuan Allah, sekiranya benar jodoh dikalangan mereka pun apa salahnya, dan memang menjadi impian aku sejak dulu untuk sekiranya aku berkahwin kelak, moga2 aku dipertemukan dengan perempuan yang baik, bermuka manis, rajin, tak gemuk, dan professional samada doktor ataupun ustazah degree. sekiranya tidak, biar aku berkahwin dengan foreigner, dimana setiap detik kehidupan mendatang penuh dengan kemanisan iman dan islam mualaf, dan kami dikurniakan anak half-blood (kacukan darah) dimana insyaAllah anak2 ini sihat, mempunyai rupa paras yang elok, genetik yg subur, dapat trait dari kedua2 induk dan kebarangkalian genius yang tinggi. Amin. (ni fakta sains yer, half-blood people. boleh carik dan baca sendiri).
InsyaAllah biar lah kita terus beristiqamah dalam amalan2 sunat mudah dan terus mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan diri dan orang lain. tadarus dah abes surah Al-maaidah, insyaAllah terus bermujahadah. Dokumentasi Islam di Korea ni postpone pulak, sebab utamanya malas jer. huhu... InsyaAllah start buat sket2, disamping research, study master dan korea.
4 comments:
ade je yg follow..hik3. best r crite awk.. =)
owh...terima kasih :)
NYAAAAA HAHAHAHAHA!!! POYO!
Kantoi apip!!! Ina bgtau ummi bleh?
Wakakaka..xtahannyer bace ;PPPP
woh...aduh...kantoi... >.<
Post a Comment