Kami memulakan misi Kembara Dokumentasi Korea dengan lafaz bismillah pada tanggal 25hb Julai 2009. Kami memulakan perjalanan dari Seoul ke Joenju untuk bertemu dengan Mr. Lee, orang korea yang telah lama menetap di Malaysia balik sebentar ke kampung halaman beliau, dan juga mufti Korea Imam Wahab Zahid yang begitu cekal mengembangkan dakwah di negara Korea ini. Kami bermalam di Masjid Joenju selama 2 hari dan berkenalan dengan sahabat-sahabat seagama di sini, kebanyakan dari mereka berasal dari Kashmir, Uzbeqistan, India, Pakistan dan mereka belajar di universiti berdekatan di Joenju.
Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Daegon, bandar teknologi dimana terdapatnya universiti KAIST. Kami sempat merakamkan detik2 indah 'kelas bahasa Korea oleh cikgu Jundumay' juga sempat beramah mesra bersama exco-exco muslim community Daejon yang hampir kesemuanya adalah merupakan pelajar dari KAIST itu sendiri.
Kami meneruskan perjalanan ke Daegu, dan bejumpe dengan Imam Ziadul Haq yang sememangnya aktif dalam usaha-usaha dakwah di kawasan tersebut. Disini kami mendapat banyak input-input yang berguna dari apa yang diceritakan oleh Imam iaitu catatan sejarah Ibnu Masuodi yang menunjukkan bahawa beliau pernah sampai ke negara Korea. juga mengenai pengalaman imam sendiri dalam usaha mengembangkan dakwah di Korea.
Kami terus ke Busan dan menginap selama 2 hari disini. Kami sempat merakam detik indah pada waktu malam di tepi pantai berborak bersama dengan 'bapa ayam' di Korea. Kami juga melawat tempat dimana terletaknya meja rundingan APEC 2005 di Nurimaru.
Kami tiba di Seoul dan setelah melepaskan sedikit penat lelah, kami bergerak keesokan hari ke pejabat PEACE dan Digital Pavillion pada sebelah petang. rasanya tidak perlu untuk aku mencoret panjang mengenai kisah pengembaraan ini kerana kami telahpun menyiapkan bahan catatan sepanjang pengembaraan dan insyaAllah boleh didapati di website GPTD.
Dari sepanjang pemerhatianku dan juga nasihat serta pandangan rakan2, akau merasakan bahawa sudah tiba masa untuk aku merubah gaya dan idea menulis di dalam blogger. Bukan apa, jika dulu ilhamku menulis hanya kerana inginkan sebuah diari yang tak seberapa peribadi tapi mungkin gaya ini tidak padan untukku meluahkan idea2 dan hujah2 fikiran yang sering ingin aku lontarkan mengenai persoalan2 hidup. Aku perlu lakukannya dan masa ini adalah waktu terbaik untuk melakukannya. InsyaAllah coretan peribadi akan ku muatkan juga di blogger ini (sebab utamanya malas nak menulis di dalam buku, tulis kat blogger kan senang nak bukak dan tak hilang), tapi biarkan bakat menulis lebih aku tumpukan ke dalam persoalan2 masyarakat, itu lebih baik untuk dikongsi..
No comments:
Post a Comment