Saturday, July 11, 2009

Jeju island, destinasi peranginan yg mesti dilawati

Salaam pertemuan sekali lagi. nampaknya aku mmg tak boleh kalau tidak menceritakan pengalaman belajar dan tinggal di negara korea ini. dan aku mmg merasakan bahawa ini adalah antara fardu kifayah yg perlu dilunaskan selaku orang islam untuk menceritakan pengalaman kepada orang2 islam lain yg memerlukan. sekiranya dokumentasi seperti ini dapat dibuat secara professional khas daripada anak jati melayu islam kepada orang melayu islam lain yg ingin mengetahui lebih lanjut mengenai tempat2 asing seperti ini, alangkah indahnya.

Okeylah, kali ni kite sambung sket lagi citer tentang negara korea nie. Korea merupakan negara yg memiliki empat musim, tapi suasananya agak berlainan di Jeju Island, pulau yang terletak di selatan Korea. di Jeju Island, kita boleh melihat pokok2 kelapa yang hidup subur di perkarangan taman2 dan juga buah pisang yang byk didapati disini. Jeju island juga memiliki pokok2 bunga yg pelik2 dan tidak kelihatan di sekitar Seoul. Sekiranya kita memiliki patung burung garuda yg besar di pulau Langkawi sebagai maskot Pulau Lagenda, Jeju pulak memliki patung orang tua bernama dolharubang ("stone grandfather"). Dan pulau Jeju ini terkenal dengan keindahan alam semulajadi antaranya Halla Mountain dan terowong lava. Ianya juga disenaraikan sebagai khazanah alam oleh UNESCO.

Ada berbagai2 perkara yg boleh kita lawati disini. Namun disebabkan waktu yg agak singkat (3 hari 2 malam) utk trip di Jeju Island (memang bukan datang nak melancong pun, tapi nak conference. Datang pun bersama2 prof dan seniors) jadi aku tidak berkesempatan utk melawat byk destinasi2 menarik. Namun, tidak dapat dinafikan bahawa Jeju Island memang merupakan pusat peranginan antarabangsa dimana kapal terbang sentiasa berterbangan hampir stiap 10~15 minit, harga2 makanan lebih mahal daripada di Seoul, peta yang penuh dengan lokasi2 penggambaran filem dan juga drama2 Korea yg terkenal dsb. kami juga sempat merakamkan detik2 indah bersama ketika di Halla mountain dan juga di bot memancing. (gambar insyaAllah boleh didapati di facebook n friendster).

Antara perkara yg boleh kita katakan tentang kenapa negara Korea merupakan negara Industri modem, adalah disebabkan sistem2 yang mereka gunakan antara yang termoden. Contohnya, website2 Korea hampir kebanyakannya user-friendly dengan template auto-bergambar, penonton boleh menelefon juruhebah tv sambil melihat di kaca tv, hampir setiap kereta menggunakan sistem GPS dan map GPS berbahasa Korea yg sangat lengkap dan mudah, adalah beberapa perkara yg masih belum boleh didapati di negara Malaysia. Juga antara hiburan yg ada termasuklah golf Screen (byk die macam sama byk ngan snooker) dan ramai di antara mereka yg memiliki tv mini yg boleh digunakan utk menonton perlawanan besbol sambil membuang masa di dalam subway.

Erm, insyaAllah hujung bulan Julai nie akan bersama2 kamil pusing satu korea dan berprogram bersama2 wakil GPTD pusat. dan nampaknya aku akan terlepas peluang utk ke muktamar ABIM Sanawi Pusat kali ini, kali pertama sejak 4 tahun yg lalu. tapi sebelum tu mungkin akan sibuk dengan projek TPG dan EMG (insyaAllah aku akan buat sedikit bacaan ringan utk projek yg sedang berjalan utk tatapan sahabat2), Final Exam Korean dan cuti sem yg mmg bukan cuti untukku di mana setiap minggu aku akan melakukan projek research dan meeting. Tapi takpe, mmg itu pun tujuan aku berada di Korea, belajar dan aku perlu lakukannya utk impian dan cita2 aku.

Owh, hampir terlupa. bulan cuti2 ni jug merupakan bulan majlis perkahwinan di Malaysia. Selamat bersanding aku ucapkan kepada Zikri dan Faiz yg akan melangsungkan perkahwinan mereka bulan ini. minta maaf sebab tidak dapat hadir ke majlis dan diucapkan semoga berkekakan hingga ke anak cucu. teringat dimana apabila seorg daripada senior aku tersenyum tatkala aku mengusik beliau yg akan berkahwin pada bulan oktober tahun ini, ketika kami semua sedang enak menikmati makanan di restoran masakan korea (diorg sumer makan daging babi salai dan aku hanya mampu menghirup sup sayur), dan aku pulak yg di 'tembak' balik oleh prof dan senior. 'Apipe, when will you get married?' ahh....aku memang tidak boleh lari daripada soalan2 killer nie. hmm, nak buat camne, jodoh takde lagi....

kami bercerita mengenai umur2 yg selalunya org berkahwin. untuk orang melayu, perempuan selalunya berkahwin diantara umur 22~25 tahun dan lelaki selalunya umur 24~28 tahun. orang korea pula selalunya perempuan didalam lingkungan umur 26~30 tahun dan lelaki 30~35 tahun. Senior aku juga sudah berumur 40 tahun sebelum mengakhiri zaman bujang beliau bulan oktober ini.

Sedikit ujian pengesanan diri, aku dah tak lagi membaca al-quran (aduh.... dimanakah semangat yg hilang itu?) dan semasa di Jeju Island bersama rombongan prof, aku tidak berusaha utk mencari tempat solat dan hanya mengharapkan waktu balik ke hotel berehat utk solat jama-qada (subuh-zohor-asar-maghrib-isya') ... xD. Iman nie memang nipis sangat dan sangat merisaukan.... ape2pun aku cuma mengharapkan belakan doa dan semangat daripada keluarga dan sahabat yg semakin kurang dikala ini...

No comments: