Sunday, May 31, 2009

Yeah...!

Yeah, aku menaip jugak akhirnya di blogpsot usang nie. kemalasan pastinya membunuh sifat baik dan aku tak sepatutnya tunduk pada kemalasan ini. hahaha... menaip sambil mendengar lagu korea yg best: 092.스카이하이 - 별이되어 (Featuring 안중호 For Soultree).

Ok, kite sambung cerita korea untuk musim summer plak. Memandangkan pencemaran yg teruk di negara harimau ini (nama gelaran bagi negara korea), jadi musim bunga mereka sangat singkat (kira2 dalam 1 bulan lebe jer) dan kami sedang menghadapi musim panas yg panjang. waktu solat yg perlu diteliti : waktu solat di Seoul 29hb Mei 2009 Subuh 3:20 Syuruk 5:14 Zohor 12:36 Asar4:29 Maghrib 7:58 Isya' 9:44. waktu2 kritikal ni seperti Subuh (3:20pagi) adalah waktu yang paling kerap aku 'tertinggal'kan. huhu. bukan ape, dulu kalau kat msia tu standard aku qiam pun 5.30 ~5.40 pagi subuh kol 6 pagi, kat sini bangun2 qiam pun dah abes waktu Subuh. fuh, cube bayangkan kalau kita puasa plak waktu2 camni. pergh, memang mantap laa gua cakap lu. pahala tu jgn cakap la camne. heheh.

Dan waktu musim panas ni adalah antara waktu yg paling dibenci oleh orang Korea. Sebabnya suhu di sini mencecah 31 darjah celcius! dan mereka kebanyakannya mengenakan baju yg nipis dan jarang dalam waktu2 seperti ini. (hehe...). dan kebiasaan orang korea untuk memiliki dua set : sejuk dan panas untuk hampir semua perkara. Contohnya, kepala paip disini hampir semua tandas memiliki pili sejuk dan panas. dan di dalam bilik office dan lab akan disediakan air-cond dan heater, juga humidity air. kebanyakan air-cond di univ aku ni bukan centralize dan ianya independent, jadi memudahkan pengguna untuk menyesuaikan suhu yg ingin dinikmati sendiri dan juga menjimatkan tenaga elektrik. Selain dari makhluk2 serangga yg pelik keluar pada waktu ini, Musim panas juga waktu utk couple bercumbu-cumbuan pada waktu petang. Hmm, sebagai seorang muslim di tempat yg hampir tiada maklumat tentang islam seperti di Seoul ini, ketahanan iman dan ketebalan lapisan iman hasil dari amalan2 kerohanian adalah perisai yg paling mujarab untuk menangkis serangan nafsu yang membuak2.

Mungkin juga disini aku ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada akak aku, si ina (Amalina) yg berjaya menerobos dan menjadi pengikut blogger aku yg tak best mana pun. dan beliau juga akan datang ke Korea pada 15 jun 2009 ini untuk bercuti, diharap supaya beliau tidak melupakan serunding dan maggi malaysia utk diberikan kepada adinda kesayangan yang sedang berada di kejauhan. huhu. dan yg paling penting, laptop yang dikirim oleh aku akan turut dibawa bersama. yeah.

Sedikit ujian pengesanan diri, aku dah masuk surah ke-7 dan hampir setiap kali maghrib aku akan terlupa untuk bertadarus. :( mungkin ini lah kesusahan hidup di tempat orang dimana istiqamah merupakan perkara yg paling sukar untuk di amalkan. dan juga aku terkadang terlupa untuk mendoakan kebahagiaan sahabat2 seperjuangan. serangan hati dimana 'sekiranya aku terus mendoakan mereka, adakah mereka akan terus mendoakan untuk diriku' terus menerus menerjah lubuk hati kudusku. Ahh.... manusia memang tidak sempurna dan inilah yang menjadi perangsang utk diriku terus bermujahadah. Tiada sesiapapun yang mampu berkata: 'bersahabat sehingga ke syurga' namun biarkan kita masih terus mampu berkata: ' semoga kita terus menerus diredhai oleh Allah' dan inilah ucapan yang tetap bersemadi di lubuk hatiku dari dahulu sehingga kini.

Semoga kita semua terus menerus diredhai oleh Allah taala. Amin...

2 comments:

amstylo said...

Bagus2, bagus adik aku sorang ni.
ko nnt memasak kan? aku bwk sekali rempah ratus ready made laa. takkan makan maggi jer kutt..haha

correction: fly on 14th June 2009 (diawalkan sehari). time aku dtg tu suhu brape?

mafifkasno said...

suhu...entah. ko leh check sendiri kat internet. aku skrg tgh tunggu abong, member aku dapat duit dari mak die. baru leh bayar deposit rumah. tapi cam mak die tak kasi plak. aduh.