
Teringat kisah mengenai tajuk buku Dato Prof Zaini Ujang, NC termuda negara yang berumur 43 tahun sewaktu perlantikan beliau untuk menjadi NC di UTM, elok2 selepas raya aidilfitri. Kebetulan pada masa itu aku masih bekerja di UTM sebagai pengawai penyelidik kontrak dan mmg jelas beliau masih kuat dengan amalan budaya ilmu beliau dan wacana pemikiran yang beliau cuba bawa untuk meninggikan martabat dan tahap UTM di pentas dunia.
Beliau tiada masalah untuk bangun seawal 3 pagi berqiam dan terus menjalankan tugasan (teringat kisah2 lucu qiam semasa kursus pensyarah yg diceritakan oleh salah seorang pensyarah), beliau juga sangat dedikasi dan akan memberikan suntikan semangat setiap bulan pada staf dan juga pensyarah2 di UTM. Boleh juga melakukan mesyuarat di tempat2 tidak formal seperti di restoran makanan segera dan berbagai-bagai lagi. Idea mengenai penjenamaan UTM diperingkat global, produk yang berkualiti, memugar budaya ilmu...memang cukup2 bagus tatkala umat melayu sedang ber'poyo-poyo'an dengan masalah politik.
Memang setelah aku datang ke Korea, aku mendapat banyak pendedahan baru yang mungkin tidak dapat aku jumpa sewaktu di UTM, ataupun Universiti2 Malaysia yang lain. Umpamanya, Universiti Dongguk nie walaupun ranking Engineering die tak tinggi mana berbanding Universiti Korea yang lain, lab mereka lengkap dengan peralatan2 research yang diperlukan. Dan hampir setiap research dibuat bersama-sama company dan mereka melalukannya dalam bentuk kerja berkumpulan. Mereka juga akan berkumpul setiap minggu untuk membincangkan hasil dapatan sepanjang seminggu dan mereka juga akan kerap melakukan lawatan industri untuk sentiasa memahami antara satu sama lain. Dan mereka akan kerap datang ke lab walaupun musim cuti semester juga sabtu dan ahad. Dan di lab kami juga ada disediakan katil sekiranya ingin bermalam sekali di lab.
Dan antara idea yang sangat diambil perhatian Dato Prof Ir Zaini Ujang juga adalah mengenai penjenamaan universiti itu sendiri. Memang kita sedar, berapa kerat sahaja company-company malaysia yang ada, dan sanggup bergabung tenaga dengan kepakaran anak watan dari universiti2 Malaysia sendiri? Mungkin sekiranya jenama UTM telah terkenal, mungkin sedikit sebanyak akan dapat membantu dalam meyakinkan golongan sasaran terutamanya company dari dalam dan luar negara untuk terlibat bersama2 universiti dalam menghasilkan produk2 baru yang berkualiti. Dan mungkin sedikit idea mengenai perlunya kajian2 ini dilakukan dengan mengira sekali faktor2 seperti kos bahan dan permintaan. Kita bukan kurang dari segi kepakaran dalam menghasilan teknologi baru, lihat sahaja berapa banyak pingat emas yang digondol negara setiap tahun namun, berapa kerat sangat hasil kajian itu dipatenkan dan dikomersilkan.
Dan sekiranya kita menyelusuri sejarah hidup beliau, rupa2nya beliau juga merupakan bekas ahli ABIM. Mungkin disitu beliau mendapat latihan untuk terus memperjuangkan tradisi budaya ilmu dan setiap kali ucapan2 beliau akan diselitkan sedikit ayat2 Al-Quran dan Hadith2. Erm, memang ramai tokoh2 yang lahir dari madrasah ini, namun adakah aku layak untuk bersama-sama mereka mencipta kejayaan?
1 comment:
insyALLAH ko boleh mamate...
Post a Comment