Entah kenapa, aku memang kalau boleh nak jugak menulis untuk bab-bab camni....'dilema Melayu Islam'. Ceritanya berbunyi camni, hari jumaat lepas seperti biasa au akan pergi solat Jumaat di Masjid Besar Itaewon, dan perjalanan mengambil masa dalam 40 minit dari rumah ke masjid. Erm, disebabkan sekarang adalah waktu cuti semester untuk universiti aku, jadi aku mempunyai banyak masa lapang tidak seperti waktu2 yang lain. Selepas selesai solat aku pergi ke restoran Pakistan, Maharaja untuk menikmati makanan buffet yang disediakan. Di restoran tersebut, kita selalunya akan makan dahulu dan bayar apabila hendak keluar. Makanan disitu dimasak dengan citarasa Pakistan, seperti nasi beriyani, kuah kacang dal, kari daging dan ayam panggang. Restoran ini kedudukannya agak terpencil berbanding restoran yang lain, mungkin disebabkan itu, jenis makanan agak terhad tetapi murah, hanya 10,000 won (dalam RM28) berbanding di restoran tepi jalan 16,000 won.
Dan Restoran maharaja ini juga kadangkala menjadi tempat lepak para pelajar Malaysia, tidak hairan lah kenapa tuan pemilik kedai sanggup membentangkan bendera Malaysia di hadapan kedai. Jadi, aku seperti biasa pergi seorang diri dan kebetulan ada 2 orang pelajar Malaysia yang aku kenali. kami makan bersama2 dan sedang enak menikmati makanan, datang pula pelajar Malaysia yang ketiga. beliau bercerita yang beliau sudah bosan dengan makanan buffet mahal, dan ingin mencuba makanan disini pula. beliau ni agak semangat2 sket ideanya pada pandangan aku, dan gaya ada lebih kurang encik zulfakar pensyarah UTM. hehe... Kami berborak mengenai pointer, extend sem dan juga topik menarik yang dilontarkan orang ketiga ini adalah 'tongkat melayu'.
Mungkin ramai yang perasan mengenai sedikit kekuatan dan banyak kelemahan kaum Melayu Islam di Malaysia. Karenah birokrasi, politik, kegagalan kaum Melayu untuk menjadi kaum yang kuat dan disengani di Malaysia, masalah 'infrastruktur 1st class, mentaliti 3rd class', budaya mat rempit yang berlumba tanpa elemen2 keselamatan diri, dan berbagai2 lagi. kami berbincang dan aku dapat rasakan bahawa ramai orang Melayu Malaysia yang pergi keluar negara akan sedar mengenai perkara2 seperti ini. dan pelajar ketiga ini cukup galak bersembang mengenai 'adakah perlu kita terus dengan tongkat melayu atau kita perlu hapuskan tongkat ini supaya masyarakat Melayu sedar?'. tapi sejauh mana masyarakat kita akan bangkit sekiranya kita membuang tongkat melayu ini? persoalan yang aku lontarkan kembali kepada beliau dan aku mengambil contoh sebuah kampung nelayan di Johor, dimana kerajaan mengambil tanah mereka untuk dimajukan dan mereka diberi pampasan yang lumayan. tetapi selepas setahun, duit itu habis begitu sahaja dan mereka kembali datang merayu kepada NGO dan badan2 kerajaan untuk disuruh membantu mereka yang tidak memiliki tanah dan tempat tinggal. Disini, mungkin aku perlu berperanan dalam memberikan gambaran situasi sebenar masyarakat Melayu Islam yang mana tiada kekuatan sendiri untuk mungkin menjana pendapatan lain atau melanjutkan pelajaran dan kemahiran dengan wang pampasan yang ada.
Pelajar ketiga tersebut selesai makan, dan dengan tergopoh gapah beliau keluar dari retoran. tapi nak ceritanya kat sini, sembang punya lebat, berapi tentang melayu perlu berubah tapi bila keluar tak pun membayar makanan. Akhirnya aku yang berpendapatan sedikit ini terpaksa membayar untuk beliau. agaknya mungkin dengan cara beginilah beliau boleh selalu makan buffet di restoran mahal. heh...melayu...
3 comments:
untuk pengetahuan, mamat tu dah lama dah bayar balik hutang die... :D
mamate. betul tu. ape pendapat ko mengenai melayu yang mementingkan adat dari agama. macam tak bagi adiknya yang dapat kawen dulu sebab kakaknya tak kawen. apa kata Islam dalam bab ni?
"adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitabullah"
jadi, sape yg tak faham adat sebenarnye?
Post a Comment