ok, mari kita bersama-sama menganalisis peribadi diri....fuh, nie kire lebe kurang edisi koreksi diri lagi la kot. tapi aku cuba untuk fokuskan untuk analisis apakah kelemahan2 aku (yang menyebabkan aku hilang semangat beberapa hari kebelakangan nie...huhu...orang lain sibuk meningkatkan amalan di bulan ramadhan, tapi aku sibuk duk bangun sahur, masak, makan, subuh, tido, main game,bukak pose,main game, sahur...pada waktu summer break yg lepas. patutnya kene abeskan research tapi aku tak buat....aduh...). sedar tak sedar, aku telahpun memulakan sesi semester baru di Univ Dongguk nie...dan aku rasakan aura itu semakin datang, yeah....namun aura tu tersangkut sket2, dan aku perlu mengenalpasti apakah punca aura itu tersangkut.
Erm....kalau ikut masalah2 yang lalu, mungkin bermula dengan aku semakin kurang percaya dengan janji2 orang korea lagi (mungkin sebab mereka suka menabur janji kosong, pastu buat2 tak ingat), dan aku mula merasakan kesukaran berkomunikasi sedikit menggugat prestasi research aku, pastu bila ketiadaan roomate+kawan 8 tahun (sejak mrsm taiping sekelas), hilmi aka. abong yg balik ke Malaysia selama 17 hari sepanjang summer break lalu, kesunyian berseorangan meniti liku2 hari mendatang tanpa teman, masalah yuran tambahan yg perlu dijelaskan semester baru (tapi tak citer dalam agreement, nasib baik tak mahal sgt, 80,000 won) budak vietnam baru di lab aku, dan die bajet pandai cakap english walhal tak sgt, huhu... dan research yg perlu aku habiskan sepanjang pengajian aku di sini.
mungkin aku perlu mulakan dengan topik 'kawan'. Erm, bagaimanakah jenis kawan yang anda perlukan? terkadang aku terfikir jugak bila kak ina n mak aku tanye 'takde kawan msia ke kat sana (seoul)?' dan aku pun dengan selamba menjawap 'ade jer ramai, cuma malas nak kuar jumpe sebab akan habis duit byk'. tapi aku teringat yang aku dulu2 pun bukan suka keluar 'hang out' ngan orang pun. pastu nanti duk umah sengsorang, rasa bosan, sunyi, nak marah tapi tatau nak marah kat sape...haha.... aku ade jugak bertanyakan soalan 'jenis kawan' tu pada abong dan beliau menjawab dengan selamba beliau, 'yeah, no perfect human in da world, but as long as their average level (or benchmark) is good for u, and u dont face anything difficult with their own prob, they are okay to be ur friends' aku ingat2 lupa la ape abong cakap dalam english tapi ayat die lebe kurang camni la kot...huhu...
dan aku terkadang terfikir jugak, jenis kawan camne yang aku nak jadikan die kawan? aku teringat memori indah persahabatan sejati seusrah, rakan2 seperjuangan dakwah...fuh... tapi bila dah graduate sumer akan berpisah dan terus tak contact2 lagi (sebahagian daripada mereka, bukan sumer ok?)...mungkin dulu aku jenis buat keje jer, jadi orang datang carik aku sebab aku boleh buat keje kot...bila aku dah takleh buat keje, atau aku ceruk yg lain, jadi mungkin dah takde sebab utk diorg keep in touch ngan aku. (yeah, nie kalau fikir dari sudut negatif la...tapi kalau positif sure jawapannye 'mungkin mereka sibuk')
dan kalau aku pergi undur jauh lagi, rupa2nya kawan2 yang sama2 rosak main game kat cybercafe sampai pagi dulu yang duk asyik tegur aku kat ym, sembang2, tanye khabar...(fuh, kantoi cerita lama, huhu....tapi takpe...koreksi diri punye pasal) haha...dan kawan2 yg skali belajar elektrik kat UTM dulu. kawan2 camni yang lebih kuat aku fikir dari segi jalinan persahabatan jangka panjang daripada kawan2 usrah. dan aku pun teringat yg dulu mak aku ade citer gak, masa kitorg beli umah dulu pun kawan belajar die jugak yg kasi pinjam duit, bukan kawan seusrah.
erm, aku tak malu pun nak mengaku yg mmg aku nie jenis yang lurus bendul sket, pastu jenis buat keje dakwah terlupa nak jenguk2 peluang2 yang lain, pastu jenis yang serius dalam senyum dan direct person. mungkin sebab2 ni mmg kuat utk orang datang carik aku bila diorg perlukan aku, dan pergi bile diorg dah tak perlukan aku. dan kalau berkawan pun aku la jenis yg duk sedia air kat bilik nanti org leh datang minum air, atau beli goreng pisang pastu share ramai2, pastu kalau ade masalah ape2 pun duk pendam jer sampai lupa, pastu kalau kasi pinjam duit lupe nak mintak balik (bukan atas seratus laa). Dulu aku rasa aku takde masalah dengan sikap aku yg camtu tapi biler2 pikir2 balik, mungkin aku perlu berubah kalau aku mahukan masa depan yg lebih cerah (yer la, untuk bab kekasih, percintaan, karier dan masa depan), atau mungkin aku pun tak tau ape nak buat ngan masalah aku nie...atau pun ni bukan satu masalah pun sebenarnye....pendek kata...aku mmg tak tahu....haha, pastu camne nak selesaikan mende nie? argh, tolong..!!
tapi, apa2pun, aku melihat bahawa insyaAllah kalau aku sentiasa berfikiran positif dan mengambil berat dan sentiasa mengkoreksi diri, insyaAllah aku boleh maju dan berubah menjadi lebih baik. InsyaAllah akan ada sesuatu yang akan aku dapat selain dari segulung ijazah master elektronik dari univ dongguk nie, mungkin ianya sebuah pengalaman hidup yang tak terungkai dengan kata2 dan hanya aku yg faham akan nikmatnya. fuh...
4 comments:
hah.bagus artikel mengenai diri kau. perkara macam nih la yang akan menjadikan kau berjaya.motivasi diri sendiri. dimana banyak orang lack dalam memotivasikan diri sendiri.Kau pasti berjaya, just yakin dan yakin. Aku pasti kita semua akan berjaya. throw all negative think and all the past is the past. be nice to everyone and the path of brightest future is on our hand.I know you can, more than I can.
yeah, tapi rasa cam menpoyo dan mencapapkan diri pun ade gak. lol.
salam...
mamate, aku nie tergolong dalam golongan mana? member men game ker atau UTM? tapi xper mamate..teruskan perjuangan ko. InsyALLAH masa depan ko akan cerah. Biasala bersusah2 dahulu dan bersenang kemudian...
p/s:terpaksala cancel nak belajar kat korea...
Haha...ko geng UTM. hehe...
Eh, kalau nak sambung balaja kat Korea tak susah sebenarnye, dan ko sepatutnya dapat lebih banyak daripada apa yg ko dapat kat UTM. Cuma Dongguk Univeristy aku jer yg memang hampeh banget.
Sebagai contoh, ko leh apply KIST:
http://www.kist.re.kr/en/ic/ms_he.jsp
die kasi $800 sebulan utk master n $1,100 utk PhD. pastu rumah baru takat $120
Post a Comment