

Yeah, salaam pertemuan akhir ramadhan. Mungkin pertama sekali aku ingin mengucapkan terima kasih kepada pengunjung2 baru blog mafifkasno yang tak berapa decoratif dan inovatif ini. Dan terima kasih di atas komen2 membina dan suntikan semangat untuk pejuang ilmu di perantauan, aku amat menghargainya. Minta maaf sebab aku tak sambung cerita part 2 untuk siri yang lepas pada entry kali ini, insyaAllah kalau ada cerita aku akan sambung untuk topik tersebut.
Ha, ade gambar2 yang menarik di atas tu betul tak? hehe, tu lah gambar2 hasil dari aku mencopet dengan izin atau tidak dari camera budak2 ppmk semasa program Karnival kesenian Islam semalam di Dongyang kalau korang nak tau. Haha, nak upload banyak2 malas pulak, kalau koreang rajin boleh la lawati facebook budak2 ppmk ni. Sekalung ucapan tahniah buat AJK ppmk dan kuk (Kelab Umno Korea) yang telah bertungkus lumus menjayakan buat julung2 kalinya program seperti ini (sepertimana yang aku dengar dari ucapan Ammar, presiden ppmk). Program yang sangat menarik, seperti bazar ramadhan, pertandingan tilawah, azan dan hafazan yang kelihatan sangat2 diperlukan sebagai suntikan semangat kepada budak2 malaysia islam seperti aku untuk mempertingkatkan amalan di akhir ramadhan. (hmm, sembang lebat, tapi al-quran punyer penanda surah tu pun tak gerak2). huhu....
Yups, dan aku juga adalah merupakan salah seorang peserta pertandingan hafazan yang mendapat beg hadiah saguhati berwarna kuning. persiapan punya la rapi, 2 minggu jugak aku bertungkus lumus untuk menghafal surah al-Mulk ngan al-Jumuah (tapi surah al-Jumuah tak dapat hafal full...huhu), sampai dekat dalam lab pun selamba badak jer aku baca ayat-ayat hafazan tersebut dengan meniru gaya Mishari-Rashid (pentadarus al-quran yang best!), tapi nasib baik budak2 lab aku ni mmg sporting abes, diorg hormat dengan amalan agama islam yang aku selalu pertontonkan pada mereka seperti solat dekat lab, puasa dan ada juga diantara mereka ygn bertanyakan mengenai islam, muslim dan ramadhan. Alhamdulillah, terima kasih tuhan dan semoga mereka juga terbuka hati untuk mempelajari nikmat iman.
Erm...owh, cerita tadi tak habis lagi, erm, punya la aku bersemangat menghafal surah, sampai sambil berjalan, memasak dan bermain game dota pun aku asyik mengalunkan ayat2 tersebut. haha, sampai abong tengok aku pun dok pelik, die nak tegur pun takut die cakap...huhuhu...erm, berlatih punyer la sakan, tapi sampai depan stage tu abes hilang gara2 berdebar punye pasal. Yerla, aweks banyak la pulak tiba2, jadi mana nak control macho nyer lagi, nak tengok juri lagi...huhu...aduh.... xD
Dan aku kembali terfikir tentang kenapa aku begitu bersemangat untuk menyertai pertandingan hafazan ni? erm, mungkin disebabkan nostalgia lama masih kerap membelenggu diriku, dimana aku teringat yang aku masih 'berhutang' surah hafalan al-Mulk dengan ahli2 usrah semasa di UTM dahulu, dan mungkin itu juga sebab kenapa aku berat untuk sanggup memakai baju muktamar kami yang paling aku jarang pakai sebab ianya berwarna pink, dengan tidak berseterikanya, aku pakai dari rumah sampai naik subway dan sehingga habis program. Aku tak tahu, mungkin aku memang jenis yang suka kepada perkara2 nostalgia seperti ini, atau aku mewarisi darah ayah aku yang kami sifatkan beliau sebagai orang yang berfikiran orthodox. (huhu, ayahanda, nanti insyaAllah anakanda akan menelefon ke rumah dan meminta maaf dari hujung rambut sampai hujung jari kaki macam biasa semasa hari lebaran nanti). Beliau adalah orang yang suka simpan benda-benda lama seperti fail2 dan kitab2 semasa beliau belajar di Mesir dahulu, semasa beliau mula menjinak2kan diri dengan usrah sehingga beliau menjadi mantan YDP negeri. Kalau nak ikutkan hati mak aku ngan aku, nak jer bakar buku2 lama yang dah berwarna kuning dan dimakan anai-anai. tetapi beliau masih tetap cuba untuk menyimpan dengan rapi dan aku tak tahu kenapa. Apabila aku bertanyakan kepada abong, beliau cakap ini pemikiran orthodox, sebab asyik fikir2kan kisah nostalgia dan membuat perkara yang tak sepatutnya dibuat sekiranya berdasarkan nilai barang tersebut. kami tak tahu apa istilah yang tepat untuk menggantikan istilah 'pemikiran orthodox' yang dipopularkan barat tapi, erm...pakai jer laa...
Aku teringat waktu dimana aku masih di Malaysia, setiap kali aku balik ke rumah bercuti, abuya pasti akan mengajakku ikut bersama beliau pergi mengajar kuliah maghrib berkala secara istiqamah di surau2 dan masjid2 baik dekat mahupun jauh, dan kadang2 sehingga hampir 1 jam setengah perjalanan dari rumah! Aku juga pernah teringat pesan ummi aku kepada abuya supaya batalkan sahaja kalau dah jauh sangat, yer la....memandangkan umur abuya yang semakin lanjut dan keadaan kereta nissan yang sudah berumur lebih 17 tahun usia penggunaannya, semput2, kerap rosak tetapi abuya masih kuat untuk pergi mengajar disana, dan beliau menjawab dengan jawapan yang mudah tetapi cukup significant "orang dah jemput...". Akhirnya ummi terpaksa mengalah dan beliau membelikan kereta saga baru untuk kegunaan abuya bagi menggantikan kereta nissan.
Aku tahu, tak ramai pun orang yang pergi mendengar kuliah maghrib abuya di surau yang jauhnya sejam setengah tu, paling kuat pun ahli2 yang komitmen cuma dalam 3 orang. Cuma kalau ade pelawat seperti tabligh atau anak2 muda yang belajar di pondok tahfiz yang berdekatan baru la terasa ramai sedikit. Aku pernah bertanyakan abuya mengenai perkara tersebut, dan abuya menceritakan bahawa ada kisah politik dinama masjid baru ada dibina berdekatan dan disebabkan orang yg usahakan masjid lama tu orang kuat pihak kerajaan, jadi ramai tak suka untuk mengimarahkan masjid tersebut dan pergi ke masjid yang baru. dan beliau terus menambah yang beliau kenal dengan pengusaha masjid tersebut sejak sekian lama sejak semasa beliau bekerja di UiTM lagi, dan memandangkan orang dah jemput, menjadi tanggungjawab seorang yang berilmu untuk pergi menyampaikan ilmu dan kelak di akhirat akan disoal oleh Allah mengenai ilmunya, dan beliau kerap mengucapkan perkara tersebut selepas habis kuliah semasa berborak2 sambil menikmati juadah, mungkin untuk mengingatkan orang lain dan mungkin juga untuk tetap mengingatkan diri beliau.
Ya, aku tahu, bagi orang-orang yang mempelajari bidang kejuruteraan dan sains seperti aku, pasti sangat sukar untuk memahami perkara seperti, walhal tak kurang yang mempertikaikan perkara-perkara tersebut dinama ianya kelihatan 'redundancy' dan tak effektif. Namun, mungkin inilah juga yang disebut sebagai 'kemanisan iman' dalam berdakwah dan kekuatan peribadi untuk terus beristiqamah dengan amalan2 baik yang diredhai Allah....
InsyaAllah ada keberkatannya....
5 comments:
bagus mamate.keep doing what you want the most.
bro, jom kita buat revolusi utk gamers, kalau main game tu sambil2 hafal surah, baru dapat pahala dan mencabar minda, hehe...amacam?
boleh gak tu.aku time main game hafal surah yg juzuk 30 aje.panjang2 susah skit.yg belakang2 tu boleh la
sungguh x bersalah baju tu wrne pink..
huhu...sape kata baju tu salah...? ;)
Post a Comment