Yer, salaam perjuangan sahabat-sahabat dan pengunjung blog mafifkasno sekalian. Maaf sekiranya anda semua tertunggu2 episod mafifkasno yang dah dok 3 minggu tak keluar2.....huhu...(tu la, sape suh tak buzz kat ym atau taip jer kat chatbox tu suh gua tulis, baru la gua ade terasa tekanan sket).... ape2pun...rasanya masih tak terlambat lagi untuk aku mengucapkan selamat menjamu selera Rumah Terbuka Aidilfitri Malaysia yang aku percaya memang terlalu banyak di sana. Sedar tak sedar, hampir 3 minggu kite beraya...dan aku sedar yang aku akan dan semakin sibuk dengan kerja2 yang mendatang, EMG, TPG, Networked Control System, Image Communication dan Digital Image Processing yang perlu aku 'master'kan untuk semester ini. Dan petang tadi, semasa meeting pun Prof aku dengan tidak semena-mena mencadangkan supaya aku bekerja di syarikat Samsung dan LG. aku tak tau nak cakap ape, memang ter'kaget' kejap tadi tapi aku nak tergelak pun ade, yer la....aku nie mane la layak nak keje kat syarikat2 besar camtu....dah la research semester nie pun masih tunggang terbalik....tapi aku hargai galakan dan sokongan Prof aku, dan insyaAllah aku terus berusaha untuk memantapkan skill engineering yang aku ada....terutamanya programming dan juga Neural Network.
Erm, ringkasan untuk perkara2 menarik sepanjang 3 minggu ni, pertama solat Aidilfitri di Kedutaan, dan menziarahi rumah saudara Firdaus, orang yang bekerja dengan Nokia, kacukan Melayu dan Cina dan beliau pula berkahwin dengan orang korea dan baru mendapat cahaya mata lelaki bernama Arif. Isteri beliau juga balik ke Malaysia untuk bernikah. Mereka sekeluarga sangat baik dan islamic....terkadang aku membayangkan alangkah indahnya sekiranya aku mampu membina keluarga yg sedemikian. Mereka tidak lagi tinggal di Korea kerana Firdaus telah bertukar untuk bekerja di negara China pula. jadi mereka akan berpindah ke Beijing dalam masa yang terdekat.
Dan juga, kami telah menyambut 초석 (Korean Thanksgiving Day) jumaat yang lepas dan aku mengikut rombongan Cik Nad ke Yuninaru, dimana terletak bangunan yang tertinggi di Seoul. Disana kami sempat singgah di muzium lilin, Seawater, Wayang dan juga Fly Art. Apa yang menarik setiap kali pergi ke tempat2 lawatan seperti ni adalah kesukaran untuk mencari tempat solat. haha....tapi aku respek giler kawan Nad yang bernama Pah, Indian girl tapi die yang awal2 mengingatkan kitorg untuk solat selepas abes wayang. Kemudian, Hari Jubli Perak PPMK yang berlangsung pada hari sabtu di Hanyang University, dan aku ade membeli baju diorg.
Dan untuk perhatian, rupanya elok2 sahaja selepas 초석 cuaca terus berubah menjadi sejuk dimana suhu turun daripada 30C lebe kepada dalam 15C. Jadi, kami akan kembali membiasakan diri untuk memakai baju musim luruh....yang tak tebal sangat tapi menutup semua anggota badan. dan waktu solat yang perlu diperhatikan: Fajr 5:05 Sunrise 6:30 Dhuhr 12:21 Asr 3:38 Maghrib 6:10 Isya 7:32. Memang malam yang panjang.
Untuk aku pula, 3 minggu ni juga merupakan minggu untuk aku kembali segar untuk bekerja untuk Allah, kembali segar untuk meningkatkan skill engineering, dan membaiki skill memasak (dimana aku bertukar talam juadah makanan dengan kak maria dan mereka boleh menjadi tester masakan aku pada masa akan datang. petang tadi pun beliau cakap yang masakan aku boleh tahan, boleh jadi calon suami orang lepas nie...hehe.....yeah!..) EQ diri (aku pun dah start berjumpa dengan 2 orang awek korea, jiyee dan pikna yang nak belajar bahasa melayu dan kami cuba untuk berjumpa dan makan tengahari bersama2 pada hari rabu sambil study bahasa dan ajar bersama2) dan skill berbahasa Korea dinama aku telahpun menyertai kelas bahasa Korea percuma pada malam ini (dan ade cikgu korea yg sangat menarik, pembantu cikgu korea yang baik dan awek Indonesia yang comey bernama Liana...yeah!)
erm....lagi satu...aku pun masih tiada kata putus sama ada aku akan balik ke Malaysia pada bulan 12 nanti (satu untuk berjumpa dengan keluarga yang berada di kejauhan, satu lagi ingat nak pergi sertai gathering PKPUTM 15&16 Disember) ataupun patut aku duduk sahaja di Korea pada waktu semester break tersebut dan menggerakkan kajian GPTD grup al-Masoudi.
Erm, serangan minda si Y, yg ym aku tadi dan cakap ade orang tunggu di Malaysia.....heh.....tapi bila tanye sape die cakap rahsia....erm....ok.....tapi aku takkan berjiwang2 karat lagi cam dulu, sebab ade banyak perkara yang perlu aku selesaikan disini. dan niat aku datang ke Korea bukan setakat untuk mendapatkan segulung ijazah, namun mungkin sekiranya aku berjaya, aku ingin untuk balik ke Malaysia, dan memberitahu dan membuktikan kepada umat melayu sekalian bahawa.... kita bukan bangsa yang lemah, umat islam bukan bangsa yang lemah, kerana aku harap aku dapat membuktikan kepada mereka bahwa orang yang tidak di'payung melayu', orang yang hidup susah dengan mengharap belas ikhsan duit Korea yg sedikit ini untuk hidup dan beribadat di negara yang cukup asing masih mampu survive dan berjaya!
Doa......bekalan doa, sokongan dan harapan sahabat2 yang mengunjungi blog ini amat2 aku hargai. Doakan saya, doakan kami, doakan kita semua mampu untuk bertarung dengan nafsu, bertarung dengan mehnah dan tribulasi dan berjaya untuk terus menjadi umat yang, walaupun menyerah diri sepenuhnya kepada Nya, namun tetap membaiki diri sendiri untuk menjadi umat yang terbaik disisiNya....Amin.....
2 comments:
ok la mamate keje kat samsung..hebat tue.....jgn sisa-sia kan bakat yang ko ada....
uiks....ang nie...aku nie sape la sgt nak keje kat samsung tu...huhuh...
Post a Comment