Salaam perjuangan kembali sahabat-sahabat dan saudara-saudari yang mengunjungi webblog mafifkasno. Kepada kapten, gua minta maaf bebanyak sebab minggu lepas mmg gua sibuk sket buat programming untuk kelas Image Communication. hohoho, jadi memang takde mood la nak pikir bab2 yang lain. tapi takpe, sekarang gua free sket, jadi gua sambung balik bab yang cambest nie, Part 2.....Jeng jeng jeng....
Alhamdulillah, hujung tahun juga merupakan musim orang berkahwin. Ada beberapa kenalan aku yang akan melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Disini juga aku ingin mengucapkan tahniah kepada Fatin Liyana, rakan sekolah rendah yang akan melangsungkan perkahwinan beliau. Terima kasih lah sebab menghantar kad jemputan walaupun aku telahpun berada di Korea dan tak balik tahun ni...huhu...(sape suh tak beli tiket...haha). aku pun baru balik dari 'kenduri kawen' senior aku yang berumur 40 tahun sebelum beliau menamatkan zaman bujang beliau. Majlis diadakan diatas kapal yang berlabuh di sungai Han. Mereka mengadakan upacara tradisional orang Korea, semua yang terlibat memakai 'hanbuk', baju tradisional korea, dan ada 'tok imam' kat tengah meja berceramah, kemudian mak masing2 tunduk sesama sendiri, pastu tunduk kat orang ramai, pastu suami isteri tunduk sesama sendiri, pastu sujud, pastu tunduk balik. Pendek kata, diorg banyak tunduk2 la... dan kelainannya dari orang cina antaranya diorg tak tutup muka bakal isteri, baju warna warni, dan diorg menggunakan buah yang dibelah dua pastu dicantumkan balik dan juga 2 kain yang digulung untuk menjadikan simbol pasangan yang bahagia. Kemudian, selepas sesi bergambar, semua pergi menjamu selera. 'Salam Kokot' juga tidak dilupakan dan mereka mengadakan secara sistematik dimana orang yang datang disediakan sampul duit utk diisi, dan selepas beri sampul duit baru leh tulis nama utk dapat kupon makanan. minimum seorang 3 keping = 30,000 won = RM 100 malaysia.
Apa yang menarik belajar dekat universiti yang tak sebesar Korea Universiti ni adalah semangat senior junior yang sama lab. walaupun diorg dah bertahun2 menjadi graduan, dah bekerja dan ada yang telah menjadi prof di universiti yang lain, mereka tetap berjumpa dan berkenalan dengan junior2 baru. Berapa ramai ntah senior aku yang hadir tadi aku pun tatau. Dan tadi pun prof aku memperkenalkan aku ngan seorang senior yang bekerja di hospital dan beliau bekerja dalam bidang biomechanical. siap prof aku suh dia ajar aku, dan senior aku pun tak lokek ilmu, die siap dah bagi no tepon dan bitau yang bulan 11 nie mereka akan mengadakan meeting dan beliau mengajak aku bersama2 beliau. Menda yang memang tak pernah aku saksikan di UTM.
Erm, ok...mari kite terus ke topik baru, 'Karier'. Sebenarnya aku masih tak pikir sangat lagi tentang 'kemana aku akan pergi selepas abes master'. tapi antara apa yang aku duk pikir skrg ialah aku kalau boleh, biler keluar dari korea ni sekurang2nya dah boleh bercakap korea macam aku cakap bahasa english. dan aku dok dengar gak kawan2 master korea ni cakap orang asing yang belajar dekat korea senang dapat keje.
Erm, dan pasal kerja ni pulak, aku rasa mungkin aku dah tak boleh lari dari programming, engineering, R & D dan kerja2 yang mengadap komputer, mesin, mende2 elektronik dan jarang berjumpa ngan orang....(aduh, risaunye.... semalam rambut gugur masa mandi ade dalam 20 helai....huhu.....aku tanak botak muda2 nie....dah la takde awek lagi...huhu. Erm, pastu camne nak praktik skill mengorat, menanam tebu di pinggir bibir, senyum macho menggoda, bahasa badan lagi kalau tak jumpa awek2....waa....gua nak kawin gak....).... xD
Dan kalau boleh, aku cuba untuk menghantar resume ke kompeni2 yang besar2, bukan ape....sajer nak mencuba benda baru. Mungkin prospek kerja lebih terjamin, dan apa yang paling penting pada pendapat aku adalah semangat bekerja dalam satu pasukan. apa yang aku nmpk dalam dunia professional (masa aku slalu duk cari2 maklumat kat google tentang apa yang aku tgh belajar), seorang professional tak perlu buat semua kerja dalam menyelesaikan satu2 masalah, tapi die akan buat bidang yang die mahir, dan kemudian bidang2 yang lain akan dibantu oleh rakan beliau yang mahir dalam bidang tersebut. Mungkin disini, siap tak siap bukan isu sebab professional engineer selalunya akan siap kerja diorg, namun effektif dan masa merupakan perkara yang diutamakan. Dan itulah impian aku supaya apabila bekerja dengan apa2pun, kita mempunyai pasukan yang boleh disandar dan diharapkan. Namun, sekiranya tiada pun, kita mampu survive bersendirian. (Yeah, this is the path of Professionalism!)
2 comments:
salam..
mahal jugak erk mamate yurasn kenduri dia..huhu..aku rasa kalau depa buat mcm tue kat sini maybe aku xpergi..yer la rm 100. Ok la mamate kalau ko kerje sana...ada juga sahabat aku bekerja dekat oversea.....apa pun gudluck mamate..nampak nya hang dah mula serasi dengan korea... semoga berjaya ameen...
ameen...
Post a Comment