Yezza....Salaam perjuangan bagi mereka yang penat menunggu kemunculan entri baru mafifkasno. Seperti biasa, memang tiada alasan yang mampu aku berikan. Cuma, aku juga manusia yang tidak sempurna (maksum) dan aku manusia yang boleh berubah-ubah. Ayat biasa yang telah aku berikan pada entri lepas dan aku akan berikan lagi untuk entri kali ini, "kalau nak baca yang baru sila-silalah menembak di ruangan shout-out yang disediakan...(huahahaha..tak tembak gua takde semangat beb...ops...nie ade encik pendekar yang aku tersalah teka, ingat die member sekolah rendah aku, die tembak sipi2.... :D )". Juga mungkin memang sudah terlewat untuk aku ucapkan selamat menyambut Aidil Adha, makan daging jangan lupa orang disini...huhu...dimana sambutan yang menarik disambut oleh warga2 perantauan di kedutaan Malaysia (walaupun ana pagi tu terkantoi bangun lewat gara2 nak menyiapkan presentation.... namun ana tetap gagahi jua berkat doa dan sokongan saudara Abdullah Umar, yang menelefon dan memberitahu makanan jangan risau, masih ada simpanan walaupun selepas solat jumaat di kedutaan...yeah....!! xD )
Alhamdulillah, dan sekalung tahniah sekali aku ucapkan kepada saudara Kamil yang berjaya mengandang jawatan presiden PPMK. dan moga-moga dengan kemunculan 3 kepala generasi baru untuk kelab2 pelajar malaysia yang hampir semuanya adalah pelajar tajaan JPA ini mampu membawa arus keinsafan islam dalam kita semua sibuk menyediakan diri untuk mengejar kemajuan duniawi di tanah gersang iman dan taqwa. Mungkin ruang untuk mereka yang bukan dibawah tajaan JPA ini sangat luas untuk kita bawakan sekali arus keinsafan yang sama. Cuma bila aku berkeseorangan disini, mungkin ruang itu bukan jarak yang mampu dicapai oleh insan lemah sepertiku.
Yups, kenangan lain yang ada juga mungkin pada 1 Disember lepas aku sempat bersama rombongan pelajar Muslim Nusantara Dongguk (kesemua 8 orang) + Nad. Kami ke rumah open house+ulang tahun+kenduri tahlil orang penyewa rumah, Kak Fetma. Kami bermula dengan solat maghrib berjamaah, kemudian bacaan yasin yang mula-mula tuan rumah nak suruh aku kepala, tapi aku suakan balik kepada tuan rumah, Encik Denni kerana tuan rumah lebih afdal sekiranya tiada aral melintang (seingat aku bila ayah aku cerita masa die selalu ajak aku gi kenduri tahlil di malaysia dulu). Kami kemudian sempat menjamu selera masakan daging rendang kak Fetma ala-ala raya Aidil Adha dan sambal yang amat lazat, sebelum kami berundur balik. Pasangan suami Indonesia dan isteri Malaysia yang serumpun melayu ini amat manis dan secocok, walaupun mereka telahpun bernikah rasanya hampir 4 tahun namun kemesraan mereka bagaikan baru-baru sahaja melangsungkan perkahwinan. Mereka juga memiliki sesuatu yang amat bernilai, iaitu tempe kering yang pasti tidak kujumpai lagi disini sekiranya bungkusan dari Malaysia tidak menjengah....wahahaha....(best2...nanti karang rindu terlebih nak makan tempe, dah ada tempat sasaran baru untukku...xD)
Dan aku juga telah selamat ditabalkan anugerah ulang tahun yang ke-24 masihi :D... Yeah, dah tua lagi....terima kasih kepada pengunjung2 laman facebook dan ym yang tak putus2 mengucapkan tahniah serta ibu tersayang yang sedang mencari sambal tempe untuk dikirimkan. aku sempat bersama si Umar makan di restoran Maharaja, kali ni die belanja, walaupun die sanggup meninggalkan besday boy makan keseorangan bertemankan pekerja Bangladesh namun aku maafkan dia kali ni. huhu... Dan aku balik ke fakulti dengan membawa cookies arab yang dibeli untuk dihadiahkan kepada Prof dan cikgu bahasa Korea aku yang dirindui (sempat jumpa die dan die cakap takde masalah kalau kami nak datang rumah die waktu cuti winter nanti...yeah...) dan selebihnya aku agih2kan kepada budak2 korea yang mana jumpa, walaupun aku tak mencapap yang aku besday boy hari ini.
Ya, sempena genap umur yang semakin tua, biar iman, akal, budi dan taqwa juga semakin meningkat. jadi, sebagai penanda aras peningkatan, biarlah aku menjawab beberapa persoalan hidup yang serba mencabar ini:
1. perempuan
Wohoho....persoalan yang paling best untuk ditanya kepada teruna-teruna yang seperti aku. sebenarnya, aku tak boleh nafikan bahawa aku popular dikalangan awek2 korea rupanya (tak kira, nak masuk bakul jugak...wahahahaha.....) dimana setiap kali aku berjalan jer mesti aku mendengar bisikan ayat-ayat awek korea yang cakap aku ni handsome dan macho....tak sangka betul...(bersambung...dah ngantuk nak tido...)
1 comment:
boleh ker aku percaya stetement yang last tue mamate....? maybe word awek tue lek tukar ker makcik2 ..hehehe chaiyok mamate....
Post a Comment