Ya, sempena genap umur yang semakin tua, biar iman, akal, budi dan taqwa juga semakin meningkat. jadi, sebagai penanda aras peningkatan, biarlah aku menjawab beberapa persoalan hidup yang serba mencabar ini:
1. perempuan
Wohoho....persoalan yang paling best untuk ditanya kepada teruna-teruna yang seperti aku. sebenarnya, aku tak boleh nafikan bahawa aku popular dikalangan awek2 korea rupanya (tak kira, nak masuk bakul jugak...wahahahaha.....) dimana setiap kali aku berjalan jer mesti aku mendengar bisikan ayat-ayat awek korea yang cakap aku ni handsome dan macho....tak sangka betul!!! (hehe, berjaya masuk bakul...captain, gua tak kesah la kalau ko nak cemburu pun....tapi diorg yg cakap ni bukan makcik2 ok...? :P )...dan aku berinteraksi dengan bukan setakat awek korea, malah dengan awek2 negara yang lain. Dari segi adab berinterkasi, ada beberapa perkara yang aku awasi terutama sentuhan kulit ke kulit. Aku mungkin tak kisah sangat kalau mereka setakat tepuk2 belakang badan semasa berborak (sebab ade baju tebal) tapi mungkin aku cuba elakkan apabila diorg nak pegang tangan (tapi takde la sampai buat muka terkejut...terkadang2 tu tersentuh jugak..huhu). Dan rasanya banyak kali juga aku cuba menolak pelawaan mereka dengan baik, apabila mereka mengajak aku untuk pergi ke bar dan bersembang sambil minum arak (walaupun aku akan minum air coke dan makan apa yang halal). Bagi orang korea dan hampir kebanyakan orang-orang negara lain pun, minum arak bersama merupakan salah satu budaya untuk mereka berkenalan. Sekiranya orang itu tidak mampu menahan cecair "liquor" yang mereka minum, mereka akan dipandang rendah oleh orang yang lain. Dan rasanya tak susah pun untuk mendapat awek2 ini sekiranya anda sanggup untuk meneguk air setan pada malam minggu dan tunjukkan yang anda mempunyai banyak duit serta terpelajar, pasti ramai sahaja yang akan terpesona. Silap2 boleh bawak balik untuk tidur bersama.... Tipu la kalau aku cakap yang aku tak terkesan dengan budaya ini, namun setakat hampir 2 semester aku di bumi Korea ini, alhamdulillah aku masih mampu menahan diri, dan doakan supaya aku mampu menahan diri untuk masa2 mendatang, dan masih tegar serta menyakini bahawa keberkatan hidup berpasangan hanya terdapat pada perkahwinan yang sah, dan perempuan yang baik hanyalah untuk lelaki yang baik (ini petikan dari terjemahan ayat al-Quran...)
2. Kehidupan belajar
Ya, kehidupan aku di bumi korea ini pastinya berkisar banyak mengenai bagaimana aku belajar master di Dongguk University. Erm, entah la, dulu aku merasakan bahawa sambung pengajian adalah perkara yang sukar, memandangkan dulu semasa aku di Malaysia, pernah 2 kali aku cuba untuk menyambung pengajian peringkat sarjana, satu semasa aku menjadi RA di UTM, dan satu lagi masa ayah aku cuba tanya2kan di UiTM. Dan memang pada masa itu, aku rasakan bahawa aku bagaikan tidak layak untuk menyambung pengajian kerana kedua-dua universiti tersebut menolak permohonan aku.
Tapi apabila setelah berada disini, aku dapat rasakan bahawa belajar peringkat sarjana bukanlah sesusah manapun (mungkin tahap serta sistem berbeza antara universiti di Malaysia dan di Korea, ataupun mungkin sebab ranking universiti Dongguk ni agak rendah dalam bidang engineering di Korea) Mungkin bidang yang dikupas lebih menjurus kepada perkembangan terknologi terkini, namun kebanyakan hasil dari setiap course subjek hanyalah merupakan slaid pembentangan kertas kerja orang yang difahamkan ataupun ringkasan bab2 di dalam buku rujukan. Tiada simulasi dan aku lah selalunya yang sibuk peningkan kepala untuk sekurang2nya membuat simulasi untuk bagi melatih skill dan memahami subjek dengan lebih mendalam. Dan semasa kelas Image Communication misalnya, untuk setiap pembentangan, aku tak faham dengan apa yang mereka bentangkan kerana walaupun slaid dalam english tapi mereka bercakap dengan bahasa Korea. Dan mereka seolah2 berhujah dengan idea sendiri apabila ditanyakan soalan2, menampakkan yang mereka cukup pakar walaupun aku tahu mereka main belasah jer. terkadang, aku merasakan sedikit kecewa, bagaikan aku seorang yang bertungkus lumus untuk memberikan ilmu kepada diorang, tapi diorang bagaikan kanak-kanak yang baru belajar kematangan berfikir. (Rugi masa aku RO dulu aku tak sertai kelas Neural Network Dr Shahrum, kalau tak mesti aku dah mahir Neural Network dah skrg....huhu...)
Dan aku tidak nafikan, sebagai seorang pelajar asing di course electronic engineering ini dan satu-satunya pelajar yang fasih bertutur bahasa English (walaupun english aku takde lah hebat manapun, banyak jer salah grammar...huhu), dan rajin nak study lebe2, jadi ada antara pelajar yang dengki walaupun mereka tak cakap, tapi mereka tonjolkan dengan perbuatan. Contohnya, kelas2 master ini disebabkan tukang ajar seorang prof, jadi adalah normal untuk ada kelas ganti dan pertukaran masa. Memandangkan prof yang ajar ni tak mahir berbahasa English, jadi selalunya pelajar korea akan mendapat maklumat secara terus dan sepatutnya mereka akan memberitahu aku. Jadi, ada satu kelas ni yang aku sekali dengan seorang budak korea yang duduk di "LAB YANG SAMA", namun setiap kali pertukaran masa, die takde nak beritahu pun kat aku yang duduk kat belakang die hari2. jadi aku la yang terhegeh2 pergi kelas dan kalau sampai, tgk takde orang, tanye secretary kat tepi, baru tau takde kelas. Dan ada kelas yang lain dimana aku seorang sahaja yang tak hadir ke kelas sebab waktu kelas ganti bertukar, dan tiada seorang pun yang beritahu yang Prof tukar waktu walaupun kelas itu terdapat lebih 20 orang pelajar!... (yang ni aku tulis email direct bitau betapa kecewanya aku...)
Belajar disini tidak pernah menjadi mudah. Dan juga tidak mudah untuk kita terus berhati besar dan mengukir senyuman tatkala orang memendam rasa. Namun mengenangkan beberapa perkara yang aku tekad sejak hari pertama menjejakkan kaki di bumi Korea ini, antaranya menjadi professional (dan kemudiannya expert....terima kasih Dr Shahrum kerana memperkenalkan dunia ini kepada ana walaupun secara tak langsung...hehe...) dan beberapa perkara yang lain, aku tiada alasan lain selain dari terus cuba menghabiskan pengajian disini. Mungkin langkah aku amat kecil berbanding orang-orang yang lain, namun aku harap aku masih melangkah pada arah yang sama, menggenggam impian...
p/s: sori ni draft jer, nanti balik main skate aku edit lagi...
5 comments:
salam..
wah ko men skate ker mamate? xper la mamate biasala hidup dibumi orang kena keje lebih sikit. Tapi insyALLAH setiap kesusahan pasti ada kesenangan atau kemanisan diakhirnya. Letakkan sepenuh kepercayaan dan keyakinan kepada ALLAH. One of the lecture says, Stop to find happines but u must create happiunes...
wooo...kapten....mantap giler berfalsafah...huhu...erm...tapi sape lecture tu? ang ka? heheh....
haha..mana ada mantap..semua copy paste jer. Bila hang sebut susah nie, aku teringat dalam surah alam nasrah ayat 5-6
5. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,
6. sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.
chaiyok mamate....
lol.ko takyah jadi baik atau jahat.jadi aje diri ko.berkaitan email tu aku amat setuju. btw, sem depan aku ngajor Persamaan Kebezaan. Jadi math nih satu benda yg budak tak suka sgt. jadi aku nak bagi tiap2 minggu latihan bg diorang buat. tak hantar aje tolak markah.hahaha.evil sebagai mathematician.
woo razor...tapi bagus la suh buat latihan tiap minggu, kalau tak budak2 mana study....huhu....
Post a Comment