
Salaam pertemuan diambang-ambang akhir tahun 2009. Yeah!! Tahun 2009 pasti akan meninggalkan kita dengan seribu satu macam peristiwa, pengalaman, perasaan yang pastinya ada suka dan duka, pahit dan manis, gembira dan sedih serta pelbagai2 ragam. Yups, tahun 2009 juga mencatat sejarah untuk diriku dimana mungkin tahun aku melangkah jauh dalam membuat keputusan kehidupan dan memilih Korea sebagai destinasi untukku menyambung pengajian. Bermula dengan bulan Mac 2009 sehingga kini, rasanya banyak perkara yang telah aku alami walaupun secara sedar atau tidak dibumi Korea ini.
Erm, seimbas lalu mengenai perkara2 yang menarik. 15hb aritu Hamka bersama team USIM beliau telah selamat melawat Universiti kami, Dongguk University. Mereka dalam rangka lawatan 5 hari ke Korea dan Dongguk Unviersity adalah lokasi 'bidan terjun' untuk mereka setelah Chang'an University menolak surat lawatan mereka seminggu sebelum jadual. Alhamdulillah, aku bersyukur kepada tuhan kerana tidak sukar untuk aku berurusan dengan pihak Department Engineering disini untuk mereka meluangkan sedikit masa bersama-sama dengan pihak USIM. Dan selepas itu aku sempat mengikut mereka pergi membeli belah di Myeong Dong dan Namdaemun. Sedikit kekecewaan kerana tempat untuk membeli sutera Korea dan Brooch yg murah telah tutup pada pukul 5 ptg. Jadi, tak dapat la untuk aku membeli 'buah2 tangan' untuk dikirimkan kepada posmen USIM ini untuk diberikan kepada orang2 di Msia sana (minta maaf laa kepada pengirim2....hehe.....takpe...tahun depan cuba lagi ye... :P) Dan cuaca pada waktu tersebut sangat dingin, -14Celcius kalau tak silap. aku sempat mengikut mereka balik ke Hotel dan makan malam bersama2 di restoran Cina di Korea (sebab makanan murah, sedap dan banyak...haha).
Masa Krismas tu pulak aku sempat berjalan2 ke Myeong Dong (tempat shopping street kat Seoul) bersama abong dan melihat apakah aktiviti menarik di Korea menjelang hari lahir Jesus (memandangkan Korea merupakan antara negara yang paling kuat gerakan missionari Kristian) dan tak banyak perkara yang menarik pada pandangan aku....selain orang2 pelik yang angkat papan tanda tulis "Hug Me!", orang2 perpakaian Santa Claus "산타 할아보지" dan Karel Krismas (orang yang menyanyi lagu Krismas beramai2 dalam versi Korea), tiada apa sangat yang menarik. Mungkin kerana salji tidak turun pada malam tersebut, jadi tiada "sale besar-besaran!" seperti mana yang diceritakan oleh cikgu Korea aku dulu.
Erm, elok2 sahaja selepas Krismas, salji pun turun dengan lebatnya di Seoul, Korea. mula2nya aku merasa kagum dengan salji yang tebal, namun, semenjak 2~3 hari mendatang aku rasa sudah biasa dengan mende putih2 di atas jalan. Dan waktu ini, kita perlu berhati-hati ketika berjalan kerana salji2 ini sangat licin dan anda mungkin tergelincir dan jatuh ketika berjalan. Suhu juga semakin kurang sejuk seperti hari ini, hanya -2Celcius sahaja.
Kami juga sempat mengikuti "rombongan Cik Nad ke Everland!" pada hari sabtu yang lepas. perjalanan memakan masa dalam 2 jam jugak dan kami 9 orang bermain-main dengan riang gumbiranya disana (ada gambar kat atas tu aku selitkan). Dan yang menarik di Everland ni, kami solat jama'-qasar di tempat klinik Everland! :D . Alhamdulillah, jururawat disitu sangat comey (ops...) dan baik hati membenarkan kami soalt disana. Kami juga disediakan plaktik alas untuk solat (dah macam faham2 jer...mungkin ramai yang pernah solat disana kot...heheh...). Dan sewaktu aku enunggu giliran solat, terdengar seorang budak dengan mak Korea mereka bersembang selepas mereka keluar dari klinik kecil Everland dimana budak itu bertanyakan maknya "apa yang diorg tengah buat mak?" dan maknya pun membalas "Diorang tu orang Islam dan mereka sembah Allah". Waa, dari perbualan dan tindakbalas jururawat itu aku nampak bahawa orang Korea sudah mula terbuka fikiran dan menerima kehadiran umat islam serta aktiviti yang umat islam lakukan. Kepada umat islam lain yang berada dimana-mana sekalipun, jangan gusar untuk menunaikan kewajipan solat kerana dengan solat itu sebenarnya kita melakukan tanggungjawab dakwah, dan mana tahu, satu hari nanti, mereka akan tertarik untuk mengkaji Islam dan memeluk (revert) agama suci ini.
Dan dalam perjalanan balik, aku berkenalan dengan seorang mamat Pakistan (die mengaku pakistan tapi aku rasa die nie muka bangla) dalam bas. Nama dah cemerlang dah, harun Rasyid tapi rupa2nya die nie memang takleh pakai. Aku mulakan dengan topik biasa seperti "berapa tahun sudah berada disini?" "kawan2 ramai tak?" (kami berborak dengan bahasa Korea memndangkan die tak fasih bahasa English) dan mamat ni plak bertukar topik selepas die melihat si Ain dan Kak Nita, terus die menjadi 'ganas'. Bermula dengan makan daging babi, minum arak sampai die cerita yang die nak pergi melanggan pelacur Korea malam tu dan mengajak aku bersama2, siap nak belanja lagi! fuh, nasib baik iman aku kuat malam itu (sebab ade kawan2 rombongan sekali kot, kalau tak....abes aku hanyut gi ikut si mamat bangla hampeh ni), aku lawan balik. aku tanye die dah kahwin belum? die cakap dah. aku tanye berapa anak, die cakap 2 orang. pastu aku senyum sindir la kat die. pastu die bagi aku satu lagu hindustan, lagu yang cerita dunia ni tempat sementara, orang datang dan pergi. ceh. Pastu tak abes lagi tu, die siap cerita lagi berapa harga pelacur Korea sejam, pastu die buat perbandingan Korea ngan Jepun, Korea lagi best. dan berbagai lagi. Last2, aku malas layan, aku buat2 tido. tapi die tak putus asa, sampai ke stesen die asyik ajak aku lagi. dan die bagi nombor tepon, die cakap malam New Year karang kalau nak enjoy pompuan bitau die. Pergh....
Yups, risau tu risau jugak. dan biasalah orang bujang fikiran macam2 keluar. macam " inilah pengalaman, kalau tak cuba sekarang bila lagi?" dan pelbagai lagi. Mungkin bagus aku rasakan apabila berada di Malaysia dulu dan menyertai usrah dan aktiviti sukarelawan dakwah, supaya kita dapat menghindarkan diri dari fikiran yang pelik2 apabila bersendirian. Tapi aku amat hargai peluang berada di perantauan ini, dimana waktu2 macam inilah persimpangan antara baik dan jahat amat hebat dan belum tentu orang-orang yang berucap dan mengajak orang lain kepada kebaikan dapat memilih yang benar apabila keseorangan.
"Untuk sampai ke hujung memerlukan bukan setakat pengorbanan, tetapi berkat doa dan sokongan sahabat2 serta rakan seperjuangan. Tak perlu untuk kita merasa megah dengan apa yang ada sekarang sekiranya esok belum pasti kita masih menggalasnya lagi".
6 comments:
salam...
wah mamate...mamat bangladesh tue mesti ada sama cam satu citer yg mana seorang mamat bangladesh tue bercinta dengan minah korea..aku dah lupa dah nama tajuk movie dia.. bagusla..ko skrg dah pandai berfalsafah...apa pun take care mamate...
tunggu buah tangan dari bro mamate..pos laju pun bole..selamat menjaga iman pada tahap maksimum..barakallah..(",)
Salam Akh kite lepak sok luse nak...hehe cuti kot
@kapten: yups...tq kapten
@iryani: nanti kad wangi jgn lupa poskan kat sini...heheh...
@umar: jom!
새해복 많이 받으세요
Selamat Tahun Baru 2010
mamate. aku baru tau yg Dr Shahrum dah diangkat jadi YDP ABIM Johor.LOL.
@razor: haha, bukan dah lama ke? takpe, ko skrg kat negeri sembilan...wakaka....
Post a Comment