Hahaha, begitu cepat masa berlalu, tanpa ku sangka rupa2nya hujung bulan 2 ni genap la setahun aku menjejakkan kaki di bumi Korea ni. Dan dalam kesempatan yang sama aku ingin mengucapkan tahniah kepada rakan2 PKPUTM, Rahimi, Hafsan, Idzaney n Iryani yang telah dan juga akan melangsungkan majlis perkahwinan mereka. Mabruk Alaikum! Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki hendaknya. InsyaAllah hadiah kenang2an dariku memberi makna yang indah di hari persandingan antum. Dan tidak ketinggalan sahabat rapatku mazordous yang rupa2nya telah pun melangsungkan majlis pertunangan mereka. Kepada imamal kudasai, cepat2 lah menteladani jejak langkah mazordous. bukan apa, semoga ikatan senantiasa mendapat keberkatan dan rahmat Allah siang malam.
Dan aku semakin dan semakin sibuk dengan projek thesis yang telah aku mulakan. Barang EMG dah dapat semua, cuma tinggal simulasi dan programming. Erm, dan bab2 ni adalah bahagian aku seratus peratus. harap-harapnya aku sempat menyiapkan draft paper conference untuk WISHWell '10 yang akan berlangsung di Kuala Lumpur pada 19 Julai 2010 nanti, dan juga tiket untuk aku balik berkampung di Malaysia setelah setahun setengah tidak pulang. Ummi dah menelefon aritu, dengar dari suara beliau nampaknya sudah mula merindui anak di perantauan. Haha, maafkan ketegasan anakmu yang ingin merasa pengalaman hidup 4 musim di negara orang selama setahun penuh. InsyaAllah cuti musim panas anakanda akan menjengah ke rumah. :)
Erm, dan baru2 ini aku masih tidak dapat membosankan diri untuk terus menonton cerita 'Ketika Cinta Bertasbih (KCB) 1 & 2'. Wah! Terkadang bila menonton cerita KCB, teringat akan suasana kampung halaman, kehidupan masyarakat melayu islam dan yang paling seronok adalah kemesraan hasil ukhwah yang tersemai melalui budaya 'salam peluk dan salam pipi'. Ketegasan watak utama, Abdullah Khairul Azzam dalam mempertahankan akidah agama dalam dirinya dan disulam oleh hadis dan kata-kata ilmuan sangat2 menggerakkan hati untuk terus mengingat zaman ketika jiwa 'hidup hanya untuk tuhan', zaman ketika menyertai persatuan islam. Pada masa itu, kami terus kerap mengingati diri dan sahabat2 supaya berpegang dengan ajaran islam, budaya ilmu serta ukhwah yang diamalkan amat mirip dengan apa yang ditonjolkan dalam KCB. Tahniah kepada penghasilan filem KCB, semoga KCB mampu memberikan satu perspektif dan sudut pandang yang benar seperti apa yang dikehendaki Allah kepada umatNya.
Dan tak banyak yang aku lakukan sepanjang sebulan lepas, selain dari menyertai usrah bersama warga-warga pelajar Indonesia di Seoul. Alhamdulillah, gaya usrah yang dibawa oleh naqib mereka amat mirip dan bertepatan dengan kaedah As-Syahid Imam Hassan Al-Banna. Terima kasih saudaraku Umar yang sudi mengajak aku untuk sertai usrah mereka. Juga tidak sukar untuk aku memahami bahasa pertuturan mereka kerana mereka menggunakan bahasa Indonesia standard, seperti dalam cerita KCB, bukan seperti dalam cerita 'Ada apa dengan Cinta'. Kami juga menjalankan usrah kedua melalui skype, sebelum naqib mereka balik ke Indonesia, 'back for good' kata beliau, setelah berjaya menamatkan S2 dan kembali ke tanah air untuk berkhidmat sebagai pengawai kerajaan.
Alhamdulillah, aku juga disapa oleh orang yang tidak ku sangka2. saudara Amin (atau nama korea beliau Kim Ji Hyu) ketika aku bersama2 rakan dari Samsung(M) yang datang ke Seoul untuk menjalani latihan mereka. Kami bertemu di Masjid Itaewon dan minggu seterusnya, aku dan Umar sempat bersama Amin solat isya' bersama di Masjid Besar Itaewon sebelum kami menikmati makanan di restoran halal berdekatan. Amin merupakan pekerja sambilan di salah sebuah restoran Kebab milik orang turki di Itaewon, dan kami bertemu pabila aku bersama2 dengan akak aku n the gang menjengah restoran tersebut pada bulan 6 yang lepas. Amin menyatakan bahawa beliau mengingati wajahku yang comey (terima kasih saudara Amin... :) ) dan beliau sangat ingin untuk berkawan dengan orang melayu Malaysia. Amin juga menceritakan bahawa terdapat kira-kira 20 hingga 20 ribu orang Korea yang memeluk agama Islam dan mereka mengamalkan ajaran dengan tahap2 yang berbeza. Ya, aku juga perasan ketika di Masjid, ada di antara orang Korea yang solat dengan gaya solat namun masih bersembang2 dengan anak yang berada di sebelahnya. Dan ada juga yg sangat kuat dan kental tahap imannya, seperti saudara Muttaqi Nabil yang alhamdulillah, sekarang beliau telahpun berada di Madinah untuk menyambung pengajian agama dan Bahasa Arab disana.
Selain itu, aku banyak meluangkan masa bersama akak2 Msia di Dongguk dan kami juga sempat berjalan2 menjamu selera ikan bakar di Seoul. Selain itu, bil elektrik yang melambung (180,000 won =~ RM 700.00) bulan lepas menginsafkan diriku dan roomate supaya tidak lagi membazirkan elektrik dengan membuka heater. hahaa...
Erm, dan lagi..... rupa2nya Muslimah Mustika Embun itu masih belum berpunya! waa, abes la aku, tapi aku sedar yang aku bukan 'calon yang pantas dan siap' untuk dirinya dikala ini. Semoga aku dapat senantiasa berubah kearah kebaikan dan taqwa pada masa mendatang. Dan semoga aku semakin matang dalam mendepani masa depan yang penuh dengan dugaan cabaran.
Akhir kata, untuk saudara Umar yang akan mendapat keputusan universiti pada esok hari, aku doakan semoga beliau mendapat apa yang beliau hajati dan semoga ukhwah kita berkekalan walau dekat ataupun jauh, kini mahupun masa mendatang InsyaAllah. Umar, malam ni jangan lupa qiam, baca quran, solat Hajat. InsyaAllah!
4 comments:
"Muslimah Mustika Embun" sapa nie mamate? aku kenal ker? baik ko pergi pinang cepat taku jadi cam mas azam, ataupun terasing..hehehehe
argh....TIDAK!!!! kapten, ang telah menanyakan soklan yg menyentap hati nuraniku...huhu....minggu lepas aku dah tanye die...tapi...die cakap... "A.Afif jgn tunggu ye, ******** minta maaf atas segalanya.."
daku kecewa :(
oO Amin...
sedap name tuh.
sy pun sudi berkwn dgn Amin jugak
^^
maai....
eh ina, ko pun pernah jumpa si Amin jugak laa....masa kita makan kebab dekat Itaewon, ade gambar die skali dekat facebook...
Post a Comment