

Salaam perjuangan kembali setelah hampir 4 bulan aku tidak mencoret apa-apa pun di blog mafifkasno ini. maafkan aku yang hina dan sering alpa dalam mengingatkan diri dan orang lain supaya meneruskan perjuangan dan tetap tegar untuk memberikan dorongan serta semangat perangsang kepada rakan-rakan yang lain.
"Laskar Pelangi", tajuk sebuah cerpen yang kemudiannya telah dilakonkan dengan tajuk movie yang sama. Kisah benar yang mengisahkan perjalanan hidup anak kampung di Pulau Belitung untuk meneruskan pelajaran dalam keadaan sekolah yang serba kedaifan, demi mengejar cita-cita yang tinggi. Terima kasih bu Fethma kerana telah menjemputku untuk menonton bersama2 mereka di wayang perpustakaan Universiti Dongguk malam ini. Cerita yang cukup menarik dan terkadang mengingatkan aku yang hampir hanyut tentang tujuan utama aku datang ke Korea ini.
Erm, banyak yang telah aku tempuhi sepanjang 4 bulan yang lepas, bermula dengan projek EMG yang mana Alhamdulillah, aku telah selesai menyiapkan satu tahap dalam projek individu ini dan juga sedang menunggu jawapan dari WishWell'10 conference untuk paperwork yang aku siapkan dalam keadaan kelam kabut dan keseorangan. Dan alhamdulillah, aku juga telah menghantar Proposal untuk Research Award SRD, sekiranya diterima maka dapatlah bajet sedikit untuk meneruskan research dan membeli alat-alat. kalau tidak, aku akan terus menyiapkan research dengan apa yang boleh digunakan. Mujur Prof Eom dan juga Dr Jung sangat baik dan memahami kondisi stress yang aku alami dikala itu. Aku merasa bertuah juga kerana mendapat supervisor yang baik bermula dari Dr Shahrum, Prof Eom dan juga Dr Jung. Dan juga baru-baru ini aku diperkenalkan dengan seorang senior lab yang juga merupakan CEO sebuah syarikat di Korea yang telah menyediakan alat ECG wireless dengan kemudahan plug-in dan GUI monitoring. Alat yang lebih kurang sama dengan apa yang aku cuba researchkan. InsyaAllah aku akan manfaatkan perkara ini untuk aku dapat mengajukan pertanyaan2 sepanjang aku meneruskan research di Dongguk.
Selain itu, beberapa perkara menarik yang lain antaranya pada bulan februari lepas aku bersama2 pelajar2 Malaysia Korea dan Jepun telah ber"Gyoul"(winter camping). apa yang menarik adalah selain dari kami beriadah, kami juga berkursus (ala-ala tamrin Jundy PKPIM) dimana fasi menerangkan mengenai tanggungjawab kita sebagai remaja Islam. persoalan yang dibangkitkan amat2 menarik perhatianku, apabila diberikan peratusan, berapa ramaikah belajar bijak yang cemerlang PMR dan SPM memilih untuk mengambil pengajian duniawi (seperti engineering) berbanding dengan mereka yang memilih pengajian agama di Malaysia? Selain itu, aku juga dapat berkenalan dengan pelajar-pelajar Malaysia terutama di Jepun, negara yang menjadi impian aku selepas tamat pengajian di Korea.
Aku juga sempat membantu seorang ustaz dalam rangka beliau untuk mengumpulkan video orang-orang Korea yang boleh berbahasa Indonesia/ Malaysia serta orang-orang Korea muslim: perjalanan mereka dalam menemui sinar Islam. Namun, disebabkan waktu yang amat singkat, tidak banyak yang mampu aku bantu.
Selain itu Alhamdulillah, kami telah berjaya mengadakan parti BBQ Titian Muhibbah'10 yang mengumpulkan pakar-pakar memeram ayam, pakar lauk-pauk baik dari Korea sehingga ke Amerika. haha... Alhamdulillah, hasil pengalaman selama hampir 5 tahun menggerakkan program-program di Malaysia dan juga komitmen yang tinggi diberikan oleh akak-akak, abang-abang, rakan-rakan baik di Dongguk serta yang lain menjadikan aku tidak sukar untuk melaksanakan program ringkas ini. Program yang mana mengumpulkan rakan-rakan muslim yang berdekatan baik dari Malaysia, Indonesia, Brunei serta korean Muslim untuk sama-sama berkenalan dan menikmati BBQ halal dan masakan Malaysia yang sangat sukar didapati di Seoul ini. kebetulan Kak Maria juga menjemput Prof Park, jadi alang-alang tu terus jadikan beliau sebagai perasmi Majlis. Cantek!... hehe....
Aku juga sempat ke Daegu minggu lepas untuk melepas rindu bertemu dengan saudaraku Umar yang sedang melanjutkan pengajian di KyungBuk University, Daegu. Universiti yang sangat besar dan cantik, serta masyarakat Daegu yang peramah serta baik tidak sperti di Seoul yang rata-ratanya bermuka keras dan kurang memberikan senyuman. Cuma terkadang apabila di Daegu aku terkerut-kerut dalam memahami dialog dan loghat orang Daegu yang ternyata berlainan dengan di Seoul. Pengalaman di Daegu amat menarik tatkala Umar sedang dalam misi mencari guru Bahasa Arab, kami terjerumus dan terus berkenalan dengan saudara-saudara islam dari bangladesh, Pakistan, Uzbekistan, Tajikistan dan lain-lain. mereka sentiasa memuliakan tetamu dan ajak kami untuk bersama mereka menikmati makan malam. rasanya dari petang sampai malam aku telah menikmati hampir 4 kali makan nasi berat. fuh... kenyang tapi sedap, adoi....camni susahla nak dapat 6 pax....haha....aku juga sempat mempelajari cara memasak sejenis masakan Tajikistan yang enak, diajar oleh Nurbang, sahabat Umar yang sangat petah berbahasa Korea.
bersambung....
No comments:
Post a Comment