Monday, May 10, 2010

Laskar Pelangi 2~


Masakan Tajikistan ini dimasak hanya dengan menggunakan bawang dan lobak sebagai perasa makanan, dan juga nasi yang ditanak dengan daging goreng dan perasa bersama-sama menjadikan nasi tersebut amat enak. Nurbang juga memberitahu bahawa mereka makan menggunakan tangan dengan gaya yang berlainan dari di Malaysia, erm...yang ni nak hurai pun tak reti tapi gaya suapan diorang ialah, cuil sedikit kemudian sauk ke mulut kemudian luruskan jari dan tarik dari tepi...fuh!! (sori beb, aku nak jadi jurutera, bukan orang bahasa....huahaha)

Sebelum makan dan menonton cerita movie korea, kami solat Maghrib bersama-sama. Aku bersimpati terhadap Nurbang yang menjelaskan bahawa beliau tidak reti solat dan aku mengajak beliau untuk ikut apa yang kami lakukan dan mencadangkan supaya Umar mendidik beliau mengenai Asas Fardhu Ain ini. Yups, kebanyakan negara-negara bekas pakatan Warsaw ini rakyatnya hidup susah baik dari segi kehidupan harian mahupun amalan agama. Apa yang menyebabkan aku respek dengan mamat Nurbang ini ialah semangat beliau. Walaupun tinggal cuma seorang di rumah menjaga rumah, tatkala ibu (doktor) dan adik beradiknya terpaksa ke Russia kerana tiada peluang pekerjaan di negara sendiri, beliau kuat bekerja sendiri dan berusaha mencari peluang dan Alhamdulillah, kini beliau berada di Korea menuntut ilmu dalam bidang engineering.

Selain itu, semasa berjalan-jalan di bandar Daegu, aku mendapati tidak sukar untuk menemui restoran Halal disana, yang kebanyakannya dari Usbekiztan dan juga Indonesia. Cuma kalau di Korea ini jangan terkejut kalau restoran halal tersebut menyediakan arak! Dan pastikan kalau ingin memesan makanan, lihat lesen membeli daging halal mereka. kadang-kadang ada restoran yang daging lembu sahaja yang ada lesen halal, daging lain tiada.

Selain itu, pada hari sabtu baru-baru ini aku sempat meluangkan masa bersama-sama bro Amin dan kawan beliau Han bersama-sama ke Hi-Seoul di City Hall, Seoul. Program Hi-Seoul ini merupakan program ke-2 yang dijayakan dengan tema 'Korean Welcoming Friend' kalau tidak salah. Program yang mengumpulkan semua negara-negara yang ingin menyertai pertunjukan kesenian, membuka booth budaya negara masing-masing dan juga gerai menjual masakan negara masing-masing. Aku juga tidak melepaskan peluang menyerbu gerai masakan Malaysia dan menikmati juadah satay n bihun serta bertemu dengan orang-orang Malaysia disana, termasuk Hisyam junior Maresmart yang kini bekerja sebagai engineer di salah sebuah research group Samsung di Hannam, Seoul. Aku juga sempat bertemu dan menangkap gambar bersama rombongan nad dan kami balik awal untuk persiapan malam itu....hehe....

Pada waktu sebelah malam pulak, jeng-jeng-jeng... "bacaan yassin+bday+hari ibu+hari kanak2" yang diadakan di rumah kak maria n abg wan. Majlis kenduri kesyukuran kerana ayahanda kak maria selamat keluar dari hospital, di samping itu menyambut besday ramai orang yg lahir dekat2. Makanan jangan cakap la...macam2 ada....soto, kari, roti jala, kek, dan yang penting tu kuih cek mek molek...pergh...susah tu mana nak jumpa dekat seoul nie.....hahaha.... (ops, kak jama....jangan mare...hehe). Selesai se'round' membedal makanan2, kami bermain gamecard uno dan bermula sesi foto gambar edisi salaam perantauan...huhu....tu kat atas aku ade selitkan satu gambar.... sori la terpakai baju batik plak, silap tak kuar baju melayu kat dalam beg besar aritu...huhu.....

Erm....kehidupan di Seoul ni pastilah tak seindah kehidupan di kampung halaman sendiri, namun ada waktunya kita boleh bersama-sama dengan masyarakat sendiri dan meluangkan detik-detik indah bersama. Banyak juga perkara yang berlaku pada diriku, dan dengan itu aku merasa kurang bersemangat, kurang keyakinan diri, menjadi orang yang kurang bercakap dan berinteraksi seperti dulu. Aku merasakan diriku ini banyak yang berubah, namun aku senantiasa berharap agar perubahan-perubahan yang aku alami adalah perubahan kearah kebaikan dan taqwa, dan dengannya aku mampu membantu diri sendiri dan orang lain untuk menjadi lebih dekat dengan nikmat Iman dan Islam. Amin...

2 comments:

kapten said...

mamate..best la perjalanan ko, rasa cam nak g sana jer...tunggu air asia.....parking sana dulu..heheh. Maybe boleh dipertimbangkan heheh

mafifkasno said...

huhuhu.....boleh2.... ang amik la phd plak....leh merana (ops...) merasa lama lagi dari aku ....wakaka....