Friday, August 20, 2010

Ramadhan Kareem 1431H

Salaam perjuangan kembali, dan salaam ramadhan kareem 1431H. Rasanya masih lagi tidak terlambat untuk aku mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa di bulan ramadhan, walaupun hanya berbaki lagi seminggu dua sebelum kita meninggalkan madrasah ramadhan ini. Dan bulan ramadhan tahun ini juga menandakan bahawa aku telah pun mencoret di blog peribadi selama 2 tahun Hijrah dan insyaAllah akan tetap terus menulis kerana aku merasakan ianya perlu sebagai medan muhasabah diri dan juga menilai di tahap mana diri ini berada.

Dan pastinya banyak cerita-cerita menarik yang boleh aku kongsikan di entry kali ini, sejak 3 bulan lepas aku tidak mencoret apa-apa. Hahaha.... Ape-apepun Alhamdulillah, aku telah menyiapkan tesis aku, dapat balik ke Malaysia selama 5 minggu pada bulan 7 dan juga telah menyiapkan satu journal sebelum aku memulakan sesi semester yang terakhir aku pada hari ini sebagai pelajar master of electronic.

Hmm, dah lama tak menulis, jadi dah tak tahu macam mana nak mula....hahaha. Erm....ok, kita mula dari cerita bulan Mei. Sebelum itu, ada beberapa pengalaman di negara luar seperti di Seoul ini yang kita tidak boleh dapat di negara sendiri. Contohnya, aku selalu pergi belajar bahasa Korea di salah sebuah kelas bahasa Korea percuma yang disediakan untuk "foreigner" oleh Korean Foundation Volunteering Network (KFVN) di City Hall. Dan di sana aku sempat berkenalan dengan ramai orang dari negara lain dan juga sempat berkawan dengan mereka. Ada di antara mereka yang datang dari Mongol, Indonesia, US, Jepun dan juga Israel! Yups, orang Israel ni memang kita tak boleh nak jumpa dekat negara Malaysia, dan aku rasa die nie jenis orang Isreal yang baik kot, sebab aku ade jugak tanye die "ok tak kalau aku duduk sebelah die?" dan die cakap "die takde masalah".

Hmm, nama die Yuval dan kami telah berkawan agak lama, dalam 6 bulan kot dan dia juga mengajak aku untuk pergi ke rumah die berparti sempena harijadi die yang ke-30 pada 22hb Mei lepas. Ni ada invitation card die aku attachkan dekat sini.


Aku pun pergi jugak ke besday party die ni dengan membawa nasi lemak lauk rendang yang aku cuba-cuba masak sendiri. wakakaka. Sambal nasib baik boleh minta kak fethma tolong, dan rendang pun tak susah sebab ade paket rendang siap, tinggal masuk santan n daging jer. Yang aku rasa tak jadi sangat tu nasi kot, entah aritu masak tak cukup air ke, jadi rasa keras sket. huhu. Erm, sajer buat sebab die cakap die tak pernah merasa masakan Malaysia. Betul jugak tu, sebab orang Israel n orang Malaysia tak boleh masuk negara masing-masing sebab Malaysia tak mengiktiraf negara Israel.

Dan bila aku sampai dirumah die, die masih dalam usaha menyiapkan tempat BBQ dan aku sempat berkenalan dengan kawan-kawan sepejabat die (die nie bekerja dengan compeni Korea) dan ada juga dikalangan kawan-kawan perempuan die nie yang berbangsa German! Fuh, tak silap aku orang Israel nie dendam dengan orang German tapi aku rasa yuval nie jenis yang baik. Israel yang jahat Zionis tu jer. Aku mula-mula bercadang nak singgah lama tapi biler diorang dah mula bukak botol arak sambil nak masak daging2 BBQ tu, aku rasa tak sedap hati dan minta izin balik awal kononnya ada kelas bahasa Arab, kataku. Yuval sedih sket dan die tanye kalau aku balik semula selepas kelas, aku cakap tidak. Hmm, aku rasa kalau aku 'stay' jer dekat sana mesti boleh tahu lagi banyak pasal budaya parti diorang tapi takut2 aku pulak yang hanyut sama.

Dan kami masih terus berkawan dan aku ade juga menanyakan isu apabila Israel menyerang kapal-kapal Flotila dan die cakap die secara peribadi menentang unsur2 keganasan ni. Sebenarnya memang ada akhbar-akhbar yahudi sendiri yang mengecam perbuatan terkutuk askar Israel tapi dah nak buat camne, negara depa. Aku juga sempat keluar menonton perlawanan bola sepak dengan dia sebelum dia berangkat balik ke negaranya. Harap2 ada peluang lagi untuk berjumpa dengan dia nie, boleh tanye macam-macam lagi. hmm...

Yups, aku juga sempat merasai bahang gegaran dan suasana sambutan bola sepak di negara Korea selatan pada musim World Cup 2010 yang lepas. Memang diorang bangga giler dengan pasukan bola sepak diorang, yela... masuk top 16 kan. Dan diorang akan beramai-ramai menonton di skrin-skrin besar yang disediakan samada di Universiti ataupun di jalan-jalan raya. Yang dekat jalan-jalan raya tu memang tak tahu nak cakap camne. Padat, sendat, dan dipenuhi oleh orang-orang yang memakai baju jersi berwarna merah, baju rasmi pasukan Korea Selatan. Awek-awek tu pulak fuh, jangan cakap laa, seksinya bukan main, pastu kalau dah bersesak2 camtu mesti bergeser2 punya kalau nak berjalan (Astagfirullah). Dan kalau pasukan Korea Selatan nie menang, mereka akan berparti beramai-ramai dan akan disediakan arak serta kondom percuma! (hmm, negara seks bebas) dan yang menariknya apabila diorang dah puas berseronok, mereka nie akan berkumpul balik beramai-ramai pada waktu pagi dan kutip sampah! Fuh, budaya bersih diorang nie memang boleh dipuji dan cerita ni ada aku rakamkan semasa aku berucap di Ijtimak Haraki di Malaysia (opss....yang nie nanti aku cerita)....bersambung....

No comments: