Wednesday, August 17, 2011

Ramadhan Kareem 1432H

Salaam Perjuangan kembali dan selamat menjalani ibadah di bulan Ramadhan 1432H. Yups, aku mengaku yang aku bukan orang yang mampu beristiqamah untuk menulis coretan di blog peribadi. Aritu dan janji sendiri nak sambung cerita lepas tapi bawak sampai ke setahun baru tulis balik. haha. Namun aku tahu bahawa terkadang perkara2 seperti ini yang mampu untuk aku merakam memori dan peristiwa sendiri, suka duka jerit perih dalam kita menjalani ibadah kehidupan di dunia fana ini. Semoga segala peristiwa dan kisah yang terakam di benak minda dan lipatan sejarah diri masing2 ini mampu untuk membantu diri kita semua dalam menghadapi cabaran dimasa yang mendatang.

Apa2pun, dah setahun gamaknya aku tidak menulis di coretan peribadi ini, memang aku pun rasa tak patut aku tak tulis tapi dah memang aku dah tak tulis. Hmm....pemikiran pun insyaAllah dah semakin matang seiring dengan usia yang meningkat. Umur dah 26 tahun, masih Bujang, 'Single and Available', bila nak kawen aku pun tak tahu.... yang pasti aku nak berkongsi cerita-cerita menarik sepanjang setahun, mana yang aku ingat2 lupa ni.

Okay, bermula dengan semester ke-4 dan juga semester terakhir aku di Seoul, aku hanya berbaki satu kelas sahaja lagi untuk aku menamatkan pengajian, jadi aku menggunakan saki baki duit elaun lab yang aku kumpul itu untuk aku menyambung kelas formal bahasa Korea peringkat ke-3 disana. Mungkin kerana kurang sambutan daripada warga-warga asing yang lain, yang ada di kelas seramai 20 orang murid lebih kurang itu hanyalah pelajar2 dari negara China (Majoriti), satu dari HongKong bernama Lotte (sebab mak dia orang Korea) dan seorang gadis cun dari Mongol (ni pun sebab die dah bertunang dengan balak korea). Jadi kami pun belajar la bahasa korea yang memang aku tak mampu nak cemerlang pun sebab tak terhafal perkataan2 baru. Cuma yang boleh aku ambil dan manfaatkan untuk kehidupan seharian itu memang aku fokuskan. Yang seronoknya belajar bahasa Korea di kelas formal ini mereka didedahkan dengan aktiviti2 bersama seperti keluar treasure hunt atau 'event' di Korea bersama rakan-rakan sekelas. Ni ada gambar aku selitkan sekali sewaktu kami berjalan2 bersama.


Yups, ada beberapa cerita2 tentang mereka juga terkejut (terutama yang baju kuning tu) tentang aku sangat menjaga pemakanan aku dan tidak memakan daging. Bagi mereka, sami2 mereka juga ada yang makan daging secara sorok2 juga secara terbuka, malah ada juga yang melanggan pelacur! Yang ini aku diam jer dan tidak komen banyak, kerana bagiku ia juga bergantung pada tahap keimanan seseorang terhadap ayat Allah surah Al-Asr dimana menekankan soal 'orang yang beriman' dan 'beramal soleh'. Apa yang menarik aku lihat di kelas tersebut adalah mereka dari tanah besar ini senang untuk menghafal perkataan2 baru! Mungkin bahasa Korea itu sendiri datang dari akar yang sama dengan bahasa China, jadi adalah tidak sukar untuk mereka mengingati perkataan2 tersebut. Mereka kebanyakannya belajar bahasa Korea dengan bantuan biasiswa kerajaan China dan ada diantara mereka berharapan supaya dapat tinggal di Korea suatu masa nanti. (orang tanah besar melihat Korea sama seperti orang indonesia dan Asia Tenggara melihat Malaysia dan Singapura). Alhamudlillah aku berjaya mendapatkan sijil kedatangan kelas dan dengan sijil itulah aku dapat elaun bahasa di Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd.

Hmm....aku tanak cerita Korea lagi. Bagiku, cukuplah Korea untukku selepas aku bergraduasi aritu ditemani ibu ayah serta kakakku yang datang pada musim dingin pada 18 Feb 2011 yang lalu.


Terima kasih juga kepada rakan2 seperjuanganku di Dongguk seperti abong, Abg Wan, Kak Maria, Kak Nani, Kak Jama, Kak Fethma, Abg Denni, Ganjar, Mbak Lidya, juga rakan2 lain seperti Bazli, Amin Hyung, Guhya, Rony, Ain dan Nad kerana bersama untuk menjayakan kenduri doa selamat kita bersama. Memang ada tawaran untuk menyambung pengajian PhD tetapi aku merasakan bahawa menyambung pengajian itu adalah juga satu peluang untuk merasa negara lain, jadi aku tolak tawaran tersebut. Kenapa tidak bekerja di Korea sahaja selepas tamat, aku merasakan itu soalan peribadi. Bukan tanak, dah cuba tapi takde rezeki. Rasa sejak semester -3 aku dah berusaha, agak dalam 80 resume kot aku hantar, siap dah pergi makan bersama2 dengan sebuah syarikat tetapi selepas itu tiada jawapan. Yang aku sangat ingin minta maaf adalah kepada Prof aku, Prof Eom Ki Hwan yang tak putus2 membantu aku untuk mencari pekerjaan. Selepas tawaran researcher takde balasan, die cuba telefon semua pelajar2 dibawah dia yang dia kenal juga pelajar Prof lain, tanya kalau2 dia nak ambil pelajar asing, pastu siap dalam reunion lab beliau beritahu semua orang (40 lebih alumni lab beliau ni) yang aku dah graduasi dan sedang mencari pekerjaan, perkenalkan aku dengan seorang senior yang berjaya, pun tak dapat juga. Alasan senior tu die cakap sebab aku tak makan daging dan minum arak, jadi susah.

Pada masa yang sama aku cuba meninjau2 'market' kerja di Malaysia, nampak banyak peluang, dan ibu pun dah panggil suruh balik, jadi sebab itulah yang kuat mendorong aku untuk beli tiket waktu tersebut. Waktu makan bersama untuk kali terakhir dengan labmate dan Prof aku tu, beliau memberikan hadiah kenangan peribadi serta nombor perhubungan kawan pelajar beliau CEO di Samsung Telecomunication (M) Sdn. Bhd. untuk aku hubungi kalau2 dapat pekerjaan.

Semasa aku di dalam kapal terbang, aku sempat berborak dan berkawan dengan junior mamat Korea sorang ni, nama dia WeonYeong. Dia datang ke Malaysia selepas habis khidmat askar selama 2 tahun dan dia tinggal bersama adik dia di Kuala Lumpur dan belajar Bahasa Inggeris disana. Ni ada gambar dia bersama Lee Hyungnim aku sematkan semasa aku pergi kenduri kawen kawan sekampung aku syafinaz.


Aku bekerja di Samsung Electronics (M) Sdn. Bhd. di Pelabuhan Klang Utara sebagai R&D Engineer, 3 bulan tak tahan dengan budaya politik kerja yang korup disana serta waktu kerja yang sangat takde life orang cakap, aku berhenti dengan cara baik, bagi notis sebulan, abeskan semua masalah2 yang orang lain buat tapi aku kene betulkan, pastu aku yang kene menjawab. Alhamdulillah elok jer berhenti disana, terus aku bekerja di kompeni bumiputra Islam, Ikramatic Systems Sdn. Bhd. yang berstatus Msc dan membuat barangan berteknologi tinggi (yang ayat tu aku tambah sendiri). Kesimpulan yang aku boleh buat tentang orang Korea ni diorang dibudayakan dengan kerja keras (work hard), sebahagian daripada mereka masih tidak faham dunia lain, ada darah pahlawan (spirit of warrior), sangat menjaga imej dan merasa bangsa mereka lebih bagus dari bangsa2 Asia yang lain kecuali Jepun. Cuma nasib aku tak baik jer berjumpa dengan orang Korea yang tidak memahami tuntutan agama islam.

Perubahan ketara yang aku dapat lihat pada diriku adalah aku lebih tekun dalam membuat sesuatu, semangat untuk menghabiskan pekerjaan dan nak cepat, mungkin ini adalah 'influence' dari apa yang aku dapat sepanjang 2 tahun disana. Cuma bila dah balik Malaysia la baru nak dapat tawaran kerja di Korea. Adeh lambat.... tapi takpe...Alhamdulillah masih ada peluang untuk aku mempraktikkan bahasa Korea aku apabila aku bekerja secara sukarelawan sebagai 'tour guide' Masjid Shah Alam dan berjumpa dengan pelawat dari Korea, serta berkawan dengan Weon Yeong dan Lee Hyungnim serta berchatting di laman muka buku 'facebook' menggunakan bahasa Korea bersama kawan2 yang lain.

Bagiku, beberapa perkara aku telah berjaya buktikan seperti ' Adakah orang Melayu perlu tongkat Melayu untuk berjaya?' itu dah dibuktikan tak betul kerana aku pergi belajar tak pakai pinjaman JPA, MARA dan sebagainya. Cuma duit simpanan dan FAMA sket, juga mempelajari bahasa terbukti lebih mudah sekiranya berada dikalangan orang yang bercakap dengan bahasa tersebut. Dulu belajar di UTM setahun ambil bahasa Mandarin tak reti2 cakap pun, duduk sana Alhamdulillah 3 bulan jer duduk pun dah boleh bercakap Korea.

Apa yang penting bagiku dan juga pesanan untuk rakan2 seperjuangan yang lain, kita harus bersiap-sedia dengan sebarang kemungkinan. Melihat kepada keadaan politik negara yang tak menentu ini, Nauzubillah minta dijauhkan tuhan daripada nama negara Islam Malaysia dan hak istimewa bumiputra tertanggal itu berlaku. Tapi sekiranya berlaku, walaupun tanpa tongkat melayu dan sebagainyapun, biar kita masih mampu menjaga iman dan islam yang kita sayangi, perkara yang orang lain menderita untuk mendapatkannya, tetapi kita mewarisinya dengan mudah.

2 comments:

kapten said...

Salam...caya lah mamate. Aku setuju dengan apa yang hang cakap....semoga hang berjaya dan cepat akwen ameen....

mafifkasno said...

Ameen...akwen ke kawen? huhu.... doakan la aku cepat dapat jodoh cam ang....bukan jual mahal pun tapi setiap kali tanya jer gadis2 ni cakap dah berpunye...huhu....